Kuih Keria

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

Bila Admin Cookpad beri tema cabaran "Masak Apa Warna Oren?" terus teringat janji dengan si kecil Yani nak buat Kuih Keria ni.

Jadi pagi ini untuk sarapan, Yani buatkan Kuih Keria ni bersama-sama dengan si kecil. Seronoklah dia dapat bermain tepung dan membentuk kuih.

Ok, jom lihat cara-caranya.

Kuih Keria

Bila Admin Cookpad beri tema cabaran "Masak Apa Warna Oren?" terus teringat janji dengan si kecil Yani nak buat Kuih Keria ni.

Jadi pagi ini untuk sarapan, Yani buatkan Kuih Keria ni bersama-sama dengan si kecil. Seronoklah dia dapat bermain tepung dan membentuk kuih.

Ok, jom lihat cara-caranya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
4-6 orang
  1. 2biji keledek oren
  2. 1periuk air (untuk merebus keledek oren)
  3. 2 sudu makantepung beras
  4. 6 sudu makantepung gandum
  5. 1sudu kecil garam
  6. 2senduk kecil gula
  7. 1/2 cawanair (untuk memasak air gula)
  8. 1-2 cawanminyak (untuk menggoreng)

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Potong keledek oren yang telah dicuci bersih kepada beberapa bahagian. Rebuskan di dalam 1 periuk air sehingga lembut dan empuk.

  2. 2

    Selepas keledek telah empuk, toskan air. Rendam di dalam air paip dan kupas kulitnya. Kemudian toskan air. Lenyek sehingga hancur.

  3. 3

    Masukkan 2 sudu makan tepung beras. 6 sudu makan tepung gandum dan 1 sudu kecil garam. Uli sehingga semua bahan sebati.

  4. 4

    Sapukan sedikit minyak di tangan supaya adunan tidak melekat di tangan. Bentukkan kuih keria tersebut. Yani beri si kecil Yani turut sama buat kuih ini. Jadi dia cetak guna pencetak biskut untuk dapatkan bentuk yang dia suka. Taburkan sedikit tepung di dulang atau pinggan supaya adunan yang telah dibentuk tidak melekat.

  5. 5

    Setelah selesai dibentukkan, panaskan minyak di kuali dan bolehlah digorengkan sehingga masak. Toskan minyak.

  6. 6

    Untuk memasak air gula, Yani gunakan kuali tanpa lekat. Masukkan 1/2 cawan air dan 2 senduk kecil gula. Masakkan sehingga air gula tersebut berbuih putih dan masukkan kuih keria yang telah digoreng awal tadi. Kacau atau sira rata secara perlahan.

  7. 7

    Bila telah masak, gula tersebut akan beketul-ketul putih kecil melekat di permukaan kuih keria. Siap untuk dihidangkan.

  8. 8

    Oleh kerana guna 2 biji keledek yang bersaiz besar, jadi kuih dapat banyak. Yani hantarkan ke rumah jiran-jiran terdekat. Selamat mencuba😄.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya