Gulai Ikan Kering Penang

HAFIZI ZAMRI
HAFIZI ZAMRI @DapoqAbi
Kuala Lumpur

Atau nama lain dipanggil gulai ikan masin. tapi belah utara panggil gulai ikan KERIN :). Tapi kalini saya tak pakai nanas. resepi ini tidak menggunakan garam.

Gulai Ikan Kering Penang

Atau nama lain dipanggil gulai ikan masin. tapi belah utara panggil gulai ikan KERIN :). Tapi kalini saya tak pakai nanas. resepi ini tidak menggunakan garam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 min
sekeluarga
  1. 4paket ikan kering (ikan masin talang,ikan duri, ikan merah) pilih mana berkenan lah
  2. 3sdb serbuk kari babas
  3. 1sdb serbuk cili babas
  4. segenggam asam jawa - larutkan ikut banyak mana nak kuahnya
  5. santan kara sekotak
  6. Untuk Tumis Darat
  7. 2biji bawang besar dipotong nipis
  8. 1biji bawang putih dihiris
  9. 1sdb jintan manis
  10. 2pelepah daun kari
  11. Bahagian Akhir
  12. 2biji kentang dipotong biasa
  13. 3 batangcili hijau potong tengah
  14. 3biji terung bulat size sederhana dipotong biasa

Cara Memasak

45 min
  1. 1

    Mulakan dengan merendam semua ikan masin/ kering tadi dengan air biasa. Rendamkan untuk 10 minit bagi menghilangkan masin nya sedikit. Kemudian toskan airnya.

  2. 2

    Masukkan ikan masin/kering ke dalam periuk. masukan juga serbuk kari, serbuk cili dan air asam jawa. Masak sehingga naik bau dan karinya masak.

  3. 3

    Masukkan terung dan kentang. Jika nak guna nanas pun boleh. tapi kalini saya tak guna. Masak sehingga kentang/terung empuk. Masukkan santan dan masak seketika. setelah masak boleh ditutup api. tidak perlu letak garam kerana ikan masin tu dah masin. tapi kalau rasa tawar sedikit boleh la letak ikut selera okay. kalau nak letak gula sikit pun ok. nak letak stok ayam yg cair tu pun ok. tapi x perlu banyak yer. sikit sudah.

  4. 4

    Untuk tumis darat : panaskan minyak (kalau minyak lebih sikit cantik la kejadian gulai tu) dan tumiskan bahan-bahan tumisan tadi. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing bawangnya. Kemudian curahkan ke dalam periuk berisi gulai tadi.

  5. 5

    Basuh tangan, baca Bismillah, sedia untuk dibedal bersama keluarga dan rakan-rakan serta jiran tetangga. bila tumis tu bau dia naik semerbak, jiran kompom bau punya.jadi sedekah sedikit pada jiran.dapat pahala :)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
HAFIZI ZAMRI
HAFIZI ZAMRI @DapoqAbi
pada
Kuala Lumpur
Resepi Mama sayer
Baca lagi

Resipi Sepertinya