Pecel Lele (Santan) 🇲🇨

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn

Di kampung saya yang bermasyarakat Jawa, iaitu di Batu Pahat, bila disebut “iwak lele masak pecel” itu maksudnya ikan keli masak pecel. Ianya sejenis masakan berkuah santan.

Apabila saya merantau ke negeri lain, suatu hari saya jumpa satu restoran francais makanan Indonesia. Salah satu menunya, Pecel Lele. Saya pun order, dan dalam bayangan saya lauknya adalah seperti di kampung saya.

Tapi apa yang dihidang adalah ikan keli goreng dengan sambal dan timun. Tiada kuah..

Lalu, saya pun buat sedikit pembacaan lanjut. Benarlah di kebanyakan tempat di Indonesia Pecel Lele dimasak begitu.

Hanya di kawasan Tulungagung, Jawa Timur hidangan Pecel Lele adalah mirip di kampung saya - iaitu ikan keli dengan kuah santan yang dimasak bersama cekur.

Boleh jadi masyarakat Jawa di kampung saya asal usulnya dari sana. Nanti saya siasat lebih lanjut...

Anak-anak saya suka benar dengan lauk ini. Memang makan bertambah.

Agak mudah nak memasak Pecel Lele ni. Bahannya simple je.

#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4ekor ikan keli (terpulang kepada anda)
  2. 2sudu kecil serbuk kunyit
  3. 1sudu kecil garam bukit
  4. Minyak masak untuk menggoreng
  5. Untuk kuah santan
  6. 1biji kelapa - diperah & ambil santan sahaja
  7. 2 ulasbawang putih
  8. 1-2inci cekur
  9. 7biji cili padi (boleh tambah jika suka pedas)
  10. 5 helaidaun cekur
  11. 2sudu kecil garam
  12. 2 cawanair bertapis
  13. 1-2biji buah keras

Cara Memasak

  1. 1

    Lumurkan ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing. Apabila sudah masak, toskan dan ketepikan.

  2. 2

    (Kuah lemak)
    Tumbukkan bawang putih, cekur, buah keras dan cili padi. (Saya tak tumbuk sekali cili padi sebab anak tak makan pedas)

    Di dalam periuk, tumiskan bahan ditumbuk tadi dengan minyak yg tidak terlalu panas.

  3. 3

    Bila naik bau, masukkan santan dan air, serta garam. Masakkan kuah lemak dengan cara mengacau dengan api yang sederhana kecil. Teruskan mengacau supaya tidak pecah lemak, sehingga didih dan tutup api. Taburkan daun cekur pada kuah.

  4. 4

    Apabila hendak dihidang, tuangkan kuah lemak pada ikan keli goreng. Hidangkan bersama nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
pada
Dari Dapur Nuraliyah Mn‘Masak ringkas-ringkas je’Saya bawakan resepi-resepi mudah dari bahan yang senang didapati. Siapa yang baru berjinak-jinak nak masuk dapur, atau yang sukakan resepi yang simple, jom ikuti laman saya. Sambil berkongsi resepi, saya akan selitkan juga tips-tips yang mungkin dianggap remeh untuk yang dah biasa di dapur, tapi agak penting untuk mereka yang baru nak biasakan diri memegang senduk.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje
Baca lagi

Komen (2)

Nurul Nabila
Nurul Nabila @cook_21821709
1-2 inci cekur ape yee.. sbb tgok ada ni plak 5 helai daun cekur boleh terang knn..

Resipi Sepertinya