Mee Goreng Dagang

Huda
Huda @dapurbaituna

Mee Goreng Dagang adalah masakan mee goreng berlaukkan daging dan udang. Selamat mencuba! 😁

Jangan rasa payah nak memasak
#kitayangbuatdia #masakcarakita #masakikutselera

Mee Goreng Dagang

2 orang bercadang membuatnya

Mee Goreng Dagang adalah masakan mee goreng berlaukkan daging dan udang. Selamat mencuba! 😁

Jangan rasa payah nak memasak
#kitayangbuatdia #masakcarakita #masakikutselera

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

35 minit
6 orang
  1. Mee kuning 3 paket
  2. 300 gramDaging
  3. Udang 18 ekor
  4. Bawang putih 5 ulas (tumbuk kasar)
  5. Cili kisar 3 senduk/ 9 sudu besar
  6. Minyak masak 5 sudu besar
  7. 1 cawanair
  8. Kicap manis
  9. Sos cili
  10. Tomato buah sebiji
  11. Sawi
  12. Taugeh
  13. Telur
  14. Garam secukupnya

Cara Memasak

35 minit
  1. 1

    Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih yang ditumbuk kasar sehingga kekuningan.

  2. 2

    Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak

  3. 3

    Setelah itu, masukkan daging dan tambah sedikit air jika perlu.

  4. 4

    Setelah daging masak, masukkan udang dan campuran kicap dan sos cili.

  5. 5

    Apabila udang separuh masak, masukkan tomato yang dipotong kecil. Masukkan garam secukupnya.

  6. 6

    Tambah batang sawi dan telur. Kacau dengan pantas supaya telur hancur sebati.

  7. 7

    Setelah itu masukkan mee kuning. Saya suka menggunakan mee numee keluaran Gardenia. Memang tiada rasa kapur!

  8. 8

    Tambahkan sawi dan taugeh. Macam biasa, bagi sesiapa yang tak makan taugeh tak perlu letak. Saya suka taugeh yg dah di buang selaput hitam dan ekornya. Tapi memang kena gigih la.

  9. 9

    Sekiranya terlalu kering, boleh tambah air mengikut kesukaan. Gaul rata. Siap! Boleh hidang bersama bawang goreng, telur mata dan limau nipis

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Huda
Huda @dapurbaituna
pada

Komen

Resipi Sepertinya