Jeruk Buah Remia

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

121/2021/RoadTo1k/806
Buah remia ni hakak beli bulan Mac yang lalu. Beli 1kg pulak tu haa.. Tapi bila makan, dia punya masam tak boleh bawak bincang 🥴. Hakak bagi separuh pada kawan. Lagi separuh hakak potong buat jeruk. Ni kiranya selepas 3bulan berlalu baru hakak makan jeruk ni. Alhamdulillah dah manis buahnya walaupun ada sikit masam kadang-kadang timbul juga😅
.
Hakak sebenarnya dari kecil memang peminat buah asam begini. Dulu cicah garam cenggitu je. Tapi mungkin faktor usia kan, gigit sikit pun terasa masam sangat 🙄 Jadi sebagai alternatif untuk orang nak makan buah asam kesukaan tapi tak tahan masam, kita jadikan dia jeruk 😆. Sekurang-kurangnya dapat juga makan walaupun dalam versi yang berbeza 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3bulan
2-3orang
  1. 1/2 kgbuah remia muda
  2. 1genggam garam
  3. 1 literair
  4. 1/2kilo gula (jika nak letak lebih pun ikut suka)

Cara Memasak

3bulan
  1. 1

    Ni rupa buah remia muda yang masam tu 🥴

  2. 2

    Buah remia dibasuh bersih (dibuang tangkai). Kemudian dibelah dua. Buang biji yang berwarna ungu tu. Kemudian cuci lagi sekali untuk hilangkan getah buah. Toskan air.

  3. 3

    Masukkan ke dalam bekas. Gaul sebati dengan garam. Perap semalaman. Kemudian basuh sekali lagi dan toskan air.

  4. 4

    Masak gula dan air sehingga mendidih dan pekat. Sejukkan seketika.

  5. 5

    Masukkan buah remia ke dalam bekas yang bersesuaian. Masukkan air gula ke dalam bekas tersebut. Kacau bagi sebati. Boleh simpan di dalam peti sejuk (tempoh bergantung pada korang nak lama mana, biasanya nak hasil yang manis selepas 1bulan macam tu). Macam hakak dah 3bulan menjeruk buah ni, sampai warna pun dah lain dah. Yang pasti makin lama tempoh, makin manis jeruk yang dihasilkan.

  6. 6

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (13)

Zleq Kha
Zleq Kha @cikmek_molek71
Adoii.. terlalu Pula buah ni kecur ...dapat cicah garam pun jadilah

Resipi Sepertinya