Serbuk colek belacan ala Thai

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Setiap kali ternampak mempelam muda mesti dalam kepala nak buat ulam. Kadang mood malas nak buat sambal. Bila buat serbuk colek belacan ni boleh juga disimpan dalam Tupperware dan bila nak makan tak payah nak susah-susah nak buat sambal dah. #phopxcookpad2020

Serbuk colek belacan ala Thai

Setiap kali ternampak mempelam muda mesti dalam kepala nak buat ulam. Kadang mood malas nak buat sambal. Bila buat serbuk colek belacan ni boleh juga disimpan dalam Tupperware dan bila nak makan tak payah nak susah-susah nak buat sambal dah. #phopxcookpad2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2genggam cili kering (ikut suka kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
  2. 2 1/2mangkuk kecil gula halus
  3. 4-5inci belacan
  4. 1mangkuk kecil ikan bilis (dibersihkan) Boleh juga guna udang kering
  5. 1/2mangkuk kecil serbuk asamboi (ikut suka, nak letak boleh, tak nak letak pun boleh)
  6. 1sudu kecil garam (saya letak sebab belacan tu kurang masin)
  7. Bahan untuk ulam (ikut suka)
  8. 1biji nanas masak ranum
  9. Beberapa biji mempelam muda

Cara Memasak

  1. 1

    Buang biji cili kering. Kalau setakat tinggal sedikit biji tu takde masalah. Sangai cili kering, belacan dan ikan bilis hingga garing.

  2. 2

    Biar sejuk dulu baru lah dikisar halus. Kisar sedikit dengan gula. Tinggal separuh gula.

  3. 3

    Campurkan bahan kisar dengan gula, garam dan serbuk asamboi.

  4. 4

    Bubuh dalam Tupperware. Sedia untuk dimakan bersama bahan-bahan ulam.

  5. 5
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya