Tat Telur

Laila Saee
Laila Saee @cook_28051222
Kuching, Sarawak, Malaysia

Resepi ini saya gunakan utk berniaga dlm talian. Memang menjadi dan tidak menghampakan.

Kongsi

Ramuan

2 jam 30 minit
25 biji
  1. Kulit Tat@Sweet pastry
  2. 400 gtepung gandum
  3. 120 ggula aising
  4. 250 gbutter sejuk dipotong kecil2
  5. 2biji kuning telur
  6. 1biji putih telur
  7. Esen vanila
  8. Untuk bancuhan inti
  9. 6biji telur gred B
  10. 280 ggula caster
  11. 560 mlsusu kotak penuh krim
  12. Esen vanila

Cara Memasak

2 jam 30 minit
  1. 1

    Masukkan butter dan gula aising dlm mangkuk adunan. Pukul butter dan gula utk sebatikan buka dipukul sampai kembang

  2. 2

    Dah sebati masukkan telur dan esen vanila. Sebatikan. Ingat kita bukan nak buat kek ya. Cukup sekadar sebatikan saja.

  3. 3

    Akhir sekali masukkan tepung yg telah diayak. Kacau-kacau utk bagi sebati sahaja.

  4. 4

    Keluarkan adunan tersebut. Masukkan dlm chiller selama 1/2 jam sebelum digunakan. Adunan ini mmg agak lembik sikit tapi jangan risau. Itulah sebab ianya mesti disimpan dlm chiller atau peti sejuk utk menghasilkan kulit tat yg baik.

  5. 5

    Sementara adunan masih dlm chiller. Kita bancuh adunan intinya dgn menggunakan 6 biji telur gred B.

  6. 6

    Panaskan susu JANGAN terlampau panas. Gunakan jari utk memastikan susu tersebut tidak panas tetapi manja-manja panas gitu. Kalau panas nanti bila telur dituangkan dlm susu akan jadi masak pulak. Kita tak mahu benda ini berlaku.

  7. 7

    Masukkan gula kacak sehingga larut.

  8. 8

    6 biji telur dipukul manja ala kadar je. Lepas tu masukkan kedalam adunan susu yang suam x seberapa tadi. Kacau dan sebatikan. Tapiskan adunan agar intinya nanti jadi halus mulus dan tidak ada benda asing dlm adunan telur.

  9. 9

    Sapukan mentega@butter pada acuan tart. Tujuan kita sapukan mentega@butter supaya tart senang dikeluarkan bila dah masak kelak. Bakar pada suhu 120c bergantung pd oven yg digunakan.

  10. 10
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Laila Saee
Laila Saee @cook_28051222
pada
Kuching, Sarawak, Malaysia

Komen (20)

Resipi Sepertinya