Tat Nanas #RayaPertama

Secubit Rasa Cik Nani🌷
Secubit Rasa Cik Nani🌷 @cndidapur
Kampar, Perak

Assalamualaikum ❤️
Buat penggemar Tat Nanas, boleh cuba resipi yang CN ambil dari laman Facebook Azlina Ina ini ya. Memang sedap dan gebu sekali. 😋

Nota:
1. Jika jem nanas yang dibeli agak masam, anda boleh ubahsuai semula rasanya dengan menambah gula secukup rasa.
2. Fungsi tepung jagung dalam resipi ini adalah untuk mengelakkan Tat Nanas menjadi keras apabila sejuk.
3. Fungsi tepung kastard pula adalah untuk memberikan rasa tat yang lebih berkrim.
4. Fungsi minyak sapi pula, supaya tat menjadi gebu, berwarna keemasan dan rasa lemak bersusu.
5. Waktu membakar adalah bergantung pada jenis dan suhu oven masing-masing ya. Anda perlu bereksperimen dahulu.

#RayaPertama
#CookpadMalaysia
#PeraduanResipi
#BiskutTatNanas #Biskut
#CNdidapur

Tat Nanas #RayaPertama

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
60 biji
  1. Bahan A:
  2. 1 cawanmentega
  3. 1biji kuning telur
  4. 3 sudu makansusu pekat manis
  5. 2 sudu makanminyak sapi
  6. Sedikitesen vanila
  7. Sedikitpewarna kuning
  8. Bahan B:
  9. 3 1/4 cawantepung gandum
  10. 2 sudu makantepung jagung
  11. 2 sudu makantepung kastad
  12. Bahan Inti:
  13. Jem nanas secukupnya
  14. Gula pasir secukupnya | jika perlu
  15. Air secukupnya | jika perlu

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Satukan bahan A di dalam mangkuk adunan. Kacau sebati menggunakan senduk saja.

  2. 2

    Kemudian masukkan bahan B iaitu 1 cawan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Gaul sebati.

  3. 3

    Setelah itu barulah dimasukkan lebihan tepung gandum tadi. Uli doh sehingga teksturnya lembut.

  4. 4

    Masukkan sedikit doh ke dalam acuan tat. Taburkan sedikit tepung gandum di dalam talam untuk proses seterusnya iaitu menerap doh.

  5. 5

    Letakkan inti jem yang telah dibulatkan di atas doh yang telah diterap. Gulungkan.

  6. 6

    Susun doh di atas dulang yang telah digris dengan mentega atau marjerin.

  7. 7

    Sapukan permukaan doh dengan kuning telur yang dicampur pewarna kuning.

  8. 8

    Panaskan oven pada suhu 170°C selama 5 minit dan turunkan suhu kepada 160°C. Bakar tat selama 25 minit atau mengikut oven masing-masing.

  9. 9

    Akhir sekali, apabila permukaan tat sudah nampak keemasan, keluarkan dari oven dan sejukkan seketika. Simpan dalam bekas kedap udara.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Secubit Rasa Cik Nani🌷
pada
Kampar, Perak
Assalammualaikum🥷🏽CN di sini. Ex Wartawan RASA & Editor Buku Resipi Alaf 21. Minat memasak, mencipta resipi, Foodstyling dan Food Photography 📸✍🏻Join CookPad sejak 14 Mei 2019🎬Follow & Subscribe CN di YouTube (Secubit Rasa Cik Nani) dan TikTok (CNDidapur) untuk video masakan terkini.📱Foodstyling & Food Photography (KaryaJiwa byNSZ) ❤️ & Nanilicious Wonderful by NSZ (since 2014)💻IG: cndidapur | karyajiwa_bynsz🍋Lemon8: @CNdidapur🍭Cari resipi CN gunakan #CNdidapur
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya