Stuffed Portobello Mushrooms

Resipi ni diajar oleh salah sorang ex-boyfriend kita masa kat UK dulu 😝 Resipi ni sangat versatile, kita boleh bubuh apa je kita nak kat atas cendawan tu, yang asasnya hanya breadcrumbs dan olive oil. Tapi kalau tak nak bubuh serbuk roti pun boleh, ikut citarasa kita nak letak apa. Letak daging atau ayam cincang pun boleh.
Stuffed Portobello Mushrooms
Resipi ni diajar oleh salah sorang ex-boyfriend kita masa kat UK dulu 😝 Resipi ni sangat versatile, kita boleh bubuh apa je kita nak kat atas cendawan tu, yang asasnya hanya breadcrumbs dan olive oil. Tapi kalau tak nak bubuh serbuk roti pun boleh, ikut citarasa kita nak letak apa. Letak daging atau ayam cincang pun boleh.
Cara Memasak
- 1
Basuh cendawan bersih-bersih sambil selawat dan keringkan dengan tisu dapur. Potong semua tangkai cendawan hingga ke pangkal dan ketepikan. Letakkan cendawan atas dulang pembakar dalam posisi terlangkup dan lumurkan minyak zaitun. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dulu dengan kepanasan sederhana dan biarkan lebih kurang 5 minit.
- 2
Sementara nak tunggu cendawan masak, cincang halus tangkai cendawan tadi dan bawang putih. Masukkan dalam mangkuk dan tambah serbuk roti serta keju Parmesan. Gaul rata. Kalau nak tambah garam sikit boleh tapi jangan banyak sangat dalam secubit-dua je. Tapi kita selalu tak bubuh pun garam sebab keju Parmesan tu dah cukup masin.
- 3
Keluarkan cendawan daripada oven dan buang air cendawan yang bertakung atas dulang. Toskan air berlebihan pada cendawan sampai kering. Letakkan balik cendawan atas dulang dalam posisi terbalik. Ceduk campuran serbuk roti tadi dan letakkan atas cendawan sampai penuh berbukit. Kalau nak tambah keju mozzarella kat atasnya pun boleh. Renjiskan dengan minyak zaitun.
- 4
Masukkan balik dalam oven dan biarkan dalam 5 minit. Siaaaapp! Keluarkan dan hidang! Abaikan bahagian yang hangus sikit kat atas tu ye. Ni la bahananya kalau sambil masak sambil layan YouTube, nasib baik tak hangus habis 😆 Jangan tiru macam kita! Tumpukan sepenuh perhatian apabila memasak!
Resipi Sepertinya
-
🍁Stuffed Portobello Mushrooms 🍁Stuffed Portobello Mushrooms
Tercari-cari menu ringkas untuk Cabaran Masak Apa Tanpa Air. Teringat lalu cooksnap juadah MinIta @Rozita .Ringkas, sedap dan memenuhi cabaran minggu ini. Thanks MinIta.🤗 Master Jamal -
Stuffed Portobello Mushroom with Mozarella Cheese Stuffed Portobello Mushroom with Mozarella Cheese
Hari tu nampak @MasterJamal Cooksnap resipi stuffed Portobello mushroom kita, esok tu terus pergi beli mozarella cheese untuk buat yang versi mozarella cheese pulak. Boleh ketagih makan ni. Jom ler kita membuatnya 😁 Rozita Jaafar Sekdek -
Breakfast Bagel Breakfast Bagel
#MyHealthierVersionSelalunya orang makan bagel dengan cream cheese kan? Kali ni jom kita makan dengan portobello mushroom ala-ala bagel burger pulak. Breakfast sempoi lagi sihat. Kalori rendah, sedap pulak tu. Apa lagi mau? Rozita Jaafar Sekdek -
Salad Berkeju So Sedap Salad Berkeju So Sedap
Kalau tengah lapar atau tengah banyak kerja dan tak kuasa nak masak, salad ni memang sentiasa jadi penyelamatnya. Senang sangat nak buat, dan walaupun salad je, tapi sangat mengenyangkan. Salad ni versatile, boleh bubuh apa-apa je yang kita nak dalam tu, nak bubuh tempe pun boleh, nak bubuh ikan bilis goreng pun boleh, nak bubuh ayam rebus pun boleh. Tapi versi kita hari ni yang paling simple, tak payah goreng atau rebus apa-apa. Potong-potong, campak-campak, gaul-gaul, siap! Rozita Jaafar Sekdek -
Guac N' Shroom Wrap Guac N' Shroom Wrap
Salah satu resipi campak-campak yang simple tapi tetap sedap dan mengenyangkan. Resipi ni resipi vegetarian tapi kalau nak gantikan mushroom dengan telur, ayam atau daging pun boleh, kita yang buat dia. Untuk yang vegan boleh ganti butter dengan sedikit virgin coconut oil. Rozita Jaafar Sekdek -
Pesto Pesto
Lama sangat saya tak update resipi dalam ruangan Cookpad saya. Hari ni masa saya agak banyak terluang. Jadi saya ambil kesempatan untuk masukkan resipi terbaru saya iaitu pesto. Kalau di supermarket, harga pesto agak mahal. Kebetulan pula Jiran saya menghantar sebakul daun English Basil. Jiran saya memang tahu saya sangat gemar daun English Basil. Saya boleh makan begitu sahaja atau kadang kala saya buat ulam ketika makan nasi. Bila melihat Daun Basil ni terlalu banyak, terus saya terpikir untuk membuat pesto. Pesto biasanya digunakan untuk memasak spaghetti, ayam atau boleh dimakan bersama roti baguette. Terpulang pada citarasa anda untuk dimakan mengikut cara masing-masing. Rasanya enak, lemak, ada sedikit rasa pedas hasil dari campuran bawang putih yang banyak. Penggunaan extra virgin olive oil dalam resipi ini membantu menaikkan lagi aroma dan keenakkannya.Pesto yang telah dibuat boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 4-5 hari. Ini kerana, dalam resipi saya tiada bahan pengawet. Jika nak tahan lama, you all boleh simpan di dalam freezer.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna -
Spiral Pasta Basil Pesto Spiral Pasta Basil Pesto
#GoldenApron23 #Week141428/2023Mudahnya bila dah standby pesto dalam peti. Stok pesto yang Uchu buat kelmarin, cukup dah untuk variety kan breakfast untuk family Uchu terutama untuk anak2 Uchu. Sihat dan memudahkan kerja mak2 di dapur..anak laki2 Uchu suka, walaupun tak bubuh ayam,daging atau seafood pun, tapi sebab dah ada kandungan almond dalam pesto, dah ada sumber protein yang dia nak..hehehe..siap mintak extra kekacang dalam pesto. Anak2 Uchu semua suka termasuklah yg 4 tahun dan 1 tahun. Tak sangka pulak..Bagi yang tertanya2 rasanya macam mane..memang patut dicuba oleh semua..bubuh cheese extra dan adanya chilli flakes memang balance ngam dah rasanya..Kalau nak lebih Malaysia, cincang cili padi dan taburkan sedikit serunding ayam atau daging. Memang meletop! Sesimple Loralin -
Nasi Goreng Cendawan & Ikan Bilis Nasi Goreng Cendawan & Ikan Bilis
Nasi goreng ni memang menu evergreen lagi versatile kegemaran ramai, lebih-lebih lagi kalau bubuh ikan bilis. Kita suka bubuh cendawan jugak sebab ye lah, dah namanya Hantu Cendawan kan 😆 Kalau makan ni panas-panas time hujan di petang hari peerrggghhh! Brad Pitt lalu kat depan pun boleh tak perasan ni! Rozita Jaafar Sekdek -
Pasta Pesto Pasta Pesto
Kita memang lagi suka makan pasta dengan pesto berbanding sos pasta atau sos carbonara. Masa jadi student miskin kat UK dulu boleh dikatakan pasta ni la makanan ruji selain daripada roti, sebab beras mahal kat sana. Selalu makan dengan cendawan butang putih dan tuna dalam tin. Tapi hari ni kita kasi 'up' sikit resipi ni - instead of tuna kita guna salmon dalam tin pulak 😁 Apa jenis pasta pun boleh guna tapi kita suka guna spiral pasta sebab lagi banyak pesto boleh melekat kat pasta tu. Rozita Jaafar Sekdek -
Egg Mushroom Toast Egg Mushroom Toast
Kita memang peminat cendawan, jadi kalau boleh semua benda nak letak cendawan. Asalkan baju pun tak naik bercendawan sudah. Ni salah satu favourite breakfast kita sebab senang, sedap & cepat siap. Rozita Jaafar Sekdek -
Homemade Croutons Homemade Croutons
#leftover food#goldenapron#saturesepisatupohonKalau sebelum ni Cikna share resepi homemade breadcrumb, kalini Cikna nak share resepi homemade croutons pulak. Ni pun Cikna buat dari lebihan roti jugak.Selain dimakan bersama soup atau salad, croutons ni boleh jadi snack utk anak-anak jugak tau. Letak sikit flavour macam serbuk bbq ke, parmesan cheese ke, serbuk cheese ke tak pun letak ja serbuk bawang putih atau bawang putih cincang pastu bakar sampai rangup..ibu ayah pun tumpang sekaki makan..heheTak payah susah-susah nak beli jajan merepek dah nak bg anak makan kan..😍 Erna Hezreen Hamzah -
Pizza Roti Pizza Roti
Resipi ni diilhamkan oleh @Sirap_Cheese. Bila nampak resipi dia lalu kat timeline, terus save sebab nampak senang sangat dan sedap. Tapi boleh terlupa lak nak beli tomato puri masa grocery shopping hari tu 🤦🏽♀️Takpe la hentam je la labu, kita yang buat dia, janji boleh telan. Rozita Jaafar Sekdek
Lebih Banyak Resipi
Komen (7)