Ayam Pansuh Versi Periuk

Verla
Verla @varaoferla90

Ayam pansuh adalah makanan etnik Dayak Iban di Sarawak. Resepi ini adalah adaptasi memandangkan resepi asal menggunakan buluh untuk memasaknya. Saya gunakan periuk sahaja. Resepi ini sangat mudah dan sesuai dimasak oleh ibu-ibu yang sibuk tetapi nak masak makanan yang sedap.

Ayam Pansuh Versi Periuk

Ayam pansuh adalah makanan etnik Dayak Iban di Sarawak. Resepi ini adalah adaptasi memandangkan resepi asal menggunakan buluh untuk memasaknya. Saya gunakan periuk sahaja. Resepi ini sangat mudah dan sesuai dimasak oleh ibu-ibu yang sibuk tetapi nak masak makanan yang sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 2bahagian paha ayam
  2. Daunbungkang (daun salam) yang masih muda
  3. Halia dipotong batang mancis
  4. 2 batangserai
  5. Garam an perasa

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Gaulkan ayam yang dipotong dengan semua bahan.

  2. 2

    Letak dalam periuk. Saya guna claypot. Kalau ada buluh, lebih baik guna buluh. Aromanya pasti berbeza.

  3. 3

    Tambah 1 cawan air.

  4. 4

    Tutup periuk. Gunakan api kecil dan biarkan masak selama 15-20 minit. Jangan masak lama sangat, nanti isi ayam kering dan tak sedap.

  5. 5

    Sedia untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Verla
Verla @varaoferla90
pada
Saya lahir dan membesar tidak pandai masak sehingga saya mula minat memasak ketika masuk ke usia 19 tahun. Saya belajar supaya saya boleh masak apa yang saya dan ahli keluarga suka. Saya suka bereksperimen dan mengolah masakan asal, menderhaka tu kerja saya. 😂😂Cookpad ialah platform untuk saya mengenali ramai yang sama minat dengan saya dan belajar banyak perkara baharu tentang masakan. Masih banyak yang saya perlu belajar..
Baca lagi

Resipi Sepertinya