Ramuan

1jam 30minit
5orang

Cara Memasak

1jam 30minit
  1. 1

    Bancuhkan Tepung Beras bersama santan sehingga sebati tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat... kemudian masukan gula dan secubit garam.

  2. 2

    Dalam masa yang sama panaskan loyang dalam periuk kukus.

  3. 3

    Tuangkan adunan yang dibancuh tadi menjadi dua bekas dan satu bekas yang tersebut letakkan pewarna merah.

  4. 4

    Untuk kuih lapis kelihatan cantik dan sama setiap lapisan, hendaklah menyukat dengan seduk setiap kali di tuang untuk membuat lapisan.

  5. 5

    Tuangkan warna putih terlebih dahulu di dalam loyang yang panas tadi kemudian tutup periuk dan biarkan warna putih masak selama 6-10minit

  6. 6

    Kemudian untuk lapis yang seterusnya tuangkan warna merah di atas warna putih tersebut dan ulangkan kan langkah yang sama pada lapis yang seterusnya.

  7. 7

    Apabila untuk permukaan yang akhir iaitu warna merah di atas bancuhkan dengan warna merah yang pekat untuk kuih lapis kelihan lebih cantik dan menarik.

  8. 8

    Untuk akhir sekali balutkan kain di atas tudung periuk kukus agar air tidak jatuh ke atas kuih lapis tersebut.

  9. 9

    Apabila kuih lapis sudah masak.
    biarkan kuih lapis sejuk agar senang di potong.

  10. 10

    Hidangkan kuih lapis bersama keluarga tersayang 🌹

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

salsabila zaini
salsabila zaini @SalsabilaZainii95
pada
Perlis, Malaysia

Resipi Sepertinya