Tepung Bungkus Daun Pisang

Tepung Bungkus Memangggg sedappp😱
Cara Memasak
- 1
Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan kemudian tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali dan Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
- 2
Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen. Sebelum itu pastikan inti kuih anda betul2 manis.
- 3
Untuk membuat adunan tepung, Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan dan kemudian Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperka dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.
- 4
Untuk membuat badan Kuih dengan menggunakan santan.Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
Masukkan garam dan daun pandan. - 5
Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bila adunan ini masak, ketulan tersebut akan hilang.
- 6
Untuk step yang terakhir, Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih dan Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.
- 7
Bungkus dengan kemas dan susun di atas loyang.
- 8
Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Tepung Bungkus Tepung Bungkus
Akhirnya terbuat juga Tepung Bungkus..dari bulan lepas dah sebenarnya teringin sangat nak buat sendiri sebab dah lama tak makan. Kat Klang ni pun tak ada nampak orang jual, mungkin kuih ni ramai orang sebelah negeri Pantai Timur buat.. Nak membungkus tu la yg lambatnya..proses buatnya pun banyak step..dari buat inti, lepas balut pula inti tu dengan tepung pulut.. masak tepung lemak badannya lagi & akhir sekali membungkus..sebab fikir ada baby. Tak boleh jadi, kene buat jugak..hahaa dah macam orang pregnant mengidam dah.. Alhamdulillah..baby x banyak kacau.. kakak2, abang & ayah dia ada jaga.. Dapat 36 biji, nombor kesukaan saya 😍 Anak2 suka makan, anak bujang tu siap puji sedap sangat, semua cukup manis, masin lemaknya..kembang hidung ma dia..hahaa 🤣 Nor Al Fatihah -
Kuih tepung bungkus #phopbylinimohd#batch18 Kuih tepung bungkus #phopbylinimohd#batch18
Pagi semalam sebelum gerak dari kampung pesan kat husband suruh beli tepung bungkus. Lama dah teringin nak makan, sekali dalam kereta duk cari mana la kuih nya. Duk fikir dah mesti tertinggal kat kampung ni masa kelam kabut kemas barang. Terus telefon mak, memang betul tertinggal😢sedihnya rasa.Jadi untuk ubati hati yang duka lara ni jom la kita makan kuih tepung bungkus yang dibuat sendiri. Alhamdulillah kenyang😁 Fathihah Yahya -
Tepung Bungkus Modern Tepung Bungkus Modern
Dah pernah buat sebelum ni guna resipi Google tapi tak jadi. Kali ni MinSha try lagi dengan resipi Cookpaders lak. Sebab memang MinSha nak Recook & Cooksnap jadi MinSha pilih resipi ni. Nak ambik mood puasa konon2. 🙈Resipi ni versi modern sebab MinSha tak jumpa daun pisang dan MinSha guna rice cooker untuk kukus. Bercinta la tunggu kukus satu2 sebab rice cooker MinSha comey ja 😝😝😝.Check out 2 resipi Tepung Bungkus yang MinSha gabung 👇🏻👇🏻👇🏻:cookpad.com/my/recipes/10690879-kuih-tepung-bungkus-phopbylinimohd--batch18cookpad.com/my/recipes/11169458-tepung-bungkus#RC2020 MinSha -
Tepung Bungkus Tepung Bungkus
First time juga ni sy buat tepung bungkusCuba buat sebab nak cabar diri sendiri 🙊Nampak macam mudah tetapi tak semudah mana lagi-lagi kuih tradisional ni mmg susah 😅Apa pun, bentuk tak ada rasa ada 😝😝 Nur Dhunaa AB Maleq -
Tepung Bungkus Tepung Bungkus
Al kisahnya...beli di kedai,inti jer lebih.Bahagian badan yang putih hanya melekat nipis sahaja.Kita suka bahagian putih yang lemak masin tu...buat sendiri,citarasa sendiri...yang penting...cukup lemak santan dan sedang-sedang manis inti kelapanya...😋☺️ Muniroh Annuar -
Tepung Bungkus Utara Tepung Bungkus Utara
#goldenapron2020Dah lama tak makan kuih ni.Kebetulan balik rumah umi, umi duk lap daun pisang. Umi cakap nak buat tepung bungkuih.Beli kecik sangat, tak puaih makan. Kalau buat sendiri kita boleh ejas resepi, buat besaq sikit. Makan pun puaih.Dengaq ja umi cakap macam tu, Iman pun suruh umi tunggu buat sama-sama sebab iman snap untuk cookpad.Senang rupanya nak buatnya. Bukan susah pun. Kebetulan buat malam, anak dah siap makan semua. Sekali ayah Iman tanya masak apa. Umi pun cakap buat tepung bungkuih. Dan-dan ayah nak makan. Anak-anak Iman yang dah makan pun sibuk menyendeng Atok.Bau sedap sebab ada daun pandan.Dengan Iman sekali tak sanggup tunggu esok. Ingat nak makan satu je, sekali 2 bungkuih Iman makan.Gambar takdan nak snap yang elok sikit. Semua pakat berebut makan. Iman Hasanah Musa -
Pulut Tapai Daun Pisang Turun Temurun Pulut Tapai Daun Pisang Turun Temurun
Sekarang susah nak jumpa tapai yang bungkus dalam daun pisang🥲 marilah kita mencuba semoga tidak ditelan zaman🤗 salsabila zaini -
-
Tepung Gomak Tepung Gomak
#cppassport#madebyjeehan#cookpadmalaysiaKuih tepung gomak, adalah salah satu menu sajian berbuka puasa khas Melayu yang sangat terkenal di Kepulauan Riau sejak dulu kala,Untuk informasi, makanan ini lebih dikenal berasal dari Pulau Penyengat, Tanjungpinang, Kepulauan Riau. Meski begitu pada umumnya tepung gomak ini terkenal disemua wilayah Melayu.Kuih Tepung Gomak juga merupakan salah satu makanan warisan kerajaan Riau Lingga ini memiliki kesamaan dengan mochi yang kini lebih popular. Jeehan Kitchen -
Kuih Koci Labu Kuih Koci Labu
Inspirasi resepi @ThahWatermelon85 🥰Pertama kali buat kuih koci..mudah je sebenarnya cuma nak bungkus style kak fatihah tu agak susah sikit sebab saiz daun yg sya potong kecil..last² sya bungkus bentuk kon macam tu..lain kali kene cuba lagi..hehe shazrina -
Putu pisang daun pandan Putu pisang daun pandan
Kalau susah nak cari bambu/buluh untuk buat putu Kita guna daun pisang..jadi namanya putu pisang 🤣🤣 biasa putu bambu sebab guna bambu Kan Kali ni guna daun pisang pulaa..kuih rare ni susah nak jumpa orang jual jadi kita buat sendiri jer..anak2 pun suka makan🤭 Faizah Yahya(Mrs Peija) -
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen (5)