Cara Memasak
- 1
Siapkan inti terlebih dahulu. Gula merah, gula putih dan air di cairkan hingga sebati. Masukkan ikatan daun pandan
- 2
Masukkan kelapa dan gaul sekata. Apabila air sudah mengering, masukkan tepung dan gaul.
- 3
Sejukkan dan bentukkan seperti bebola.
- 4
Untuk menyediakan bahagian tepung. Satukan tepung, garam, santan dan air. Kacau sehingga agak sedikit kental.
- 5
Sediakan daun pisang dan balut dengan kemas. Kukus tepung bungkus yang sudah dibalut selama 10-15 minit.
- 6
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
-
Tepung Bungkus Tepung Bungkus
Akhirnya terbuat juga Tepung Bungkus..dari bulan lepas dah sebenarnya teringin sangat nak buat sendiri sebab dah lama tak makan. Kat Klang ni pun tak ada nampak orang jual, mungkin kuih ni ramai orang sebelah negeri Pantai Timur buat.. Nak membungkus tu la yg lambatnya..proses buatnya pun banyak step..dari buat inti, lepas balut pula inti tu dengan tepung pulut.. masak tepung lemak badannya lagi & akhir sekali membungkus..sebab fikir ada baby. Tak boleh jadi, kene buat jugak..hahaa dah macam orang pregnant mengidam dah.. Alhamdulillah..baby x banyak kacau.. kakak2, abang & ayah dia ada jaga.. Dapat 36 biji, nombor kesukaan saya 😍 Anak2 suka makan, anak bujang tu siap puji sedap sangat, semua cukup manis, masin lemaknya..kembang hidung ma dia..hahaa 🤣 Nor Al Fatihah -
Tepung Bungkus Utara Tepung Bungkus Utara
#goldenapron2020Dah lama tak makan kuih ni.Kebetulan balik rumah umi, umi duk lap daun pisang. Umi cakap nak buat tepung bungkuih.Beli kecik sangat, tak puaih makan. Kalau buat sendiri kita boleh ejas resepi, buat besaq sikit. Makan pun puaih.Dengaq ja umi cakap macam tu, Iman pun suruh umi tunggu buat sama-sama sebab iman snap untuk cookpad.Senang rupanya nak buatnya. Bukan susah pun. Kebetulan buat malam, anak dah siap makan semua. Sekali ayah Iman tanya masak apa. Umi pun cakap buat tepung bungkuih. Dan-dan ayah nak makan. Anak-anak Iman yang dah makan pun sibuk menyendeng Atok.Bau sedap sebab ada daun pandan.Dengan Iman sekali tak sanggup tunggu esok. Ingat nak makan satu je, sekali 2 bungkuih Iman makan.Gambar takdan nak snap yang elok sikit. Semua pakat berebut makan. Iman Hasanah Musa -
Tepung Bungkus Modern Tepung Bungkus Modern
Dah pernah buat sebelum ni guna resipi Google tapi tak jadi. Kali ni MinSha try lagi dengan resipi Cookpaders lak. Sebab memang MinSha nak Recook & Cooksnap jadi MinSha pilih resipi ni. Nak ambik mood puasa konon2. 🙈Resipi ni versi modern sebab MinSha tak jumpa daun pisang dan MinSha guna rice cooker untuk kukus. Bercinta la tunggu kukus satu2 sebab rice cooker MinSha comey ja 😝😝😝.Check out 2 resipi Tepung Bungkus yang MinSha gabung 👇🏻👇🏻👇🏻:cookpad.com/my/recipes/10690879-kuih-tepung-bungkus-phopbylinimohd--batch18cookpad.com/my/recipes/11169458-tepung-bungkus#RC2020 MinSha -
Tepung Bungkus Tepung Bungkus
Al kisahnya...beli di kedai,inti jer lebih.Bahagian badan yang putih hanya melekat nipis sahaja.Kita suka bahagian putih yang lemak masin tu...buat sendiri,citarasa sendiri...yang penting...cukup lemak santan dan sedang-sedang manis inti kelapanya...😋☺️ Muniroh Annuar -
Tepung Bungkus Tepung Bungkus
First time juga ni sy buat tepung bungkusCuba buat sebab nak cabar diri sendiri 🙊Nampak macam mudah tetapi tak semudah mana lagi-lagi kuih tradisional ni mmg susah 😅Apa pun, bentuk tak ada rasa ada 😝😝 Nur Dhunaa AB Maleq -
Tepung Bungkus Daun Pisang Tepung Bungkus Daun Pisang
Tepung Bungkus Memangggg sedappp😱 salsabila zaini -
Kuih tepung bungkus #phopbylinimohd#batch18 Kuih tepung bungkus #phopbylinimohd#batch18
Pagi semalam sebelum gerak dari kampung pesan kat husband suruh beli tepung bungkus. Lama dah teringin nak makan, sekali dalam kereta duk cari mana la kuih nya. Duk fikir dah mesti tertinggal kat kampung ni masa kelam kabut kemas barang. Terus telefon mak, memang betul tertinggal😢sedihnya rasa.Jadi untuk ubati hati yang duka lara ni jom la kita makan kuih tepung bungkus yang dibuat sendiri. Alhamdulillah kenyang😁 Fathihah Yahya -
-
Kalakatar Kalakatar
#kalakatar#goldenapron2020Kuih tradisi masyarakat Banjar. 1st time makan waktu bulan Ramadhan 4 tahun lepas. Beli pun sebab mak mertua request, katanya nak sedap beli kt masjid tinggi.Mula makan waktu tu la tertarik dgn rasanya yg unik. Hari ni buat sendiri. Cookpad bonus buka peluang utk cuba sendiri. Fafa -
Kalakatar Pandan Kalakatar Pandan
#kalakatar #goldenapron2020Kelapa muda ada lebih dua biji...sebelum dia masam kita buat lagi sekali kuih kalatar ni tapi versi hijau pandan. Mamamikael Oven -
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12456880
Komen