Kek Chiffon Kopi

shazrina
shazrina @nur_shazrina

Kek kopi sempena birthday mak sya 24/8..selain kek pandan sya suka kek kopi jugak(buat untuk mak, anak yang lebih🤣)
Nama pon kek chiffon mesti la lembut pastu ade rasa lembab² sikit..tu yg sedap tu🤤kek kopi ni tak strong sangat sebab sya guna nescafe original..nak yg kaw bole guna nescafe rich..untuk krim sya guna fresh cream deco choc drip dan tabur almond nibs..

Kek Chiffon Kopi

Kek kopi sempena birthday mak sya 24/8..selain kek pandan sya suka kek kopi jugak(buat untuk mak, anak yang lebih🤣)
Nama pon kek chiffon mesti la lembut pastu ade rasa lembab² sikit..tu yg sedap tu🤤kek kopi ni tak strong sangat sebab sya guna nescafe original..nak yg kaw bole guna nescafe rich..untuk krim sya guna fresh cream deco choc drip dan tabur almond nibs..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A:
  2. 30 gminyak canola
  3. 40 gsusu
  4. 1 sachetnescafe 3in1 original
  5. 1sb air panas
  6. 1/2sk nescafe classic
  7. 60tepung self raising(ayak)
  8. 3 bijikuning telur
  9. Bahan B:
  10. 3 bijiputih telur
  11. 50 ggula halus
  12. Krim:
  13. 1/2 cawannon dairy whipping cream
  14. Emulco cappuccino

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan susu dalam minyak dan kacau rata.
    -Bancuh nescafe dengan 1 sb air panas kemudian masukkan dalam minyak tadi dan kacau rata.

  2. 2

    Masukkan tepung dan kacau sebati.
    Masukkan kuning telur, kacau rata.

  3. 3

    Dalam mangkuk lain, pukul putih telur guna mixer kelajuan sederhana sampai berbuih.
    Masukkan gula sikit2 dan mix sampai stiff peak.

  4. 4

    Ambil sikit putih telur yg dah dipukul tadi masukkan dalam adunan tepung.
    Kaup balik guna spatula(slow2) sampai rata.
    Kemudian masukkan balik dalam mangkuk putih telur dan kaup balik rata.

  5. 5

    Panaskan oven.
    Masukkan dalam loyang yang dah digris dan bakar pada suhu 150° selama 40 minit(ikut oven masing²)
    Sejukkan atas redai.
    Potong kek kepada 3/4 layer(sya suka buat 4)

  6. 6

    Untuk krim:
    Pukul krim sampai bertanduk.
    Masukkan emulco cappuccino dan kacau sebati.
    *Jangan terlebih pukul nanti krim tak licin bila dilepa.
    *Kalau terlebih pukul, tambah sikit lagi fresh cream dan pukul sekejap bagi rata.

  7. 7

    Letak 1 layer kek atas papan kek.
    -Sapu air bancuhan nescafe pada kek.
    (⅓ cawan air + ½ sk nescafe classic)

    Letak krim dan lepa bagi rata. Letak lagi 1 layer kek dan ulang step sama sampai layer ke 4.

  8. 8

    Coating kek sampai permukaan krim licin

  9. 9

    Drip kan choc pada bahagian atas tepi kek.
    -30g dark choc + 1 sb susu *cairkan dan biar sejuk sikit baru letak kat kek.

  10. 10

    Deco guna balance krim tadi
    *masukkan dalam piping bag sya guna tip 38
    Pastu tabur almond(optional)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
shazrina
shazrina @nur_shazrina
pada
24yo | baking and cooking all food👩‍🍳🍪
Baca lagi

Komen (4)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
sedapnyaa..cun betul layer tu dik😋😍👍

Resipi Sepertinya