Apam Beras - SELANGOR

Pagi tadi Aznie buat Apam Beras ni, bila tengok ada nasi sejuk sikit. Mula nak buat dalam acuan kecil, lepas tu teringat loyang brownies ni terus ubah fikiran. Sebabkan aduan dia pekat dan bila kita warnakan ia tak akan bercampur. Jadi terus buat vs bendera Malaysia. seronok sangat bila tengok warna elok tak bercampur pun. Untuk bintang dan bulan sabit Aznie kukus sikit adunan dalam bekas lain. bila dah masak Aznie just tekap bentuk bulan sabit ngan bintang je. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA semu🥰
#secretchallengemerdeka #MerdekaPassport
Apam Beras - SELANGOR
Pagi tadi Aznie buat Apam Beras ni, bila tengok ada nasi sejuk sikit. Mula nak buat dalam acuan kecil, lepas tu teringat loyang brownies ni terus ubah fikiran. Sebabkan aduan dia pekat dan bila kita warnakan ia tak akan bercampur. Jadi terus buat vs bendera Malaysia. seronok sangat bila tengok warna elok tak bercampur pun. Untuk bintang dan bulan sabit Aznie kukus sikit adunan dalam bekas lain. bila dah masak Aznie just tekap bentuk bulan sabit ngan bintang je. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA semu🥰
#secretchallengemerdeka #MerdekaPassport
Cara Memasak
- 1
Cara
-blenderkan nasi, gula ngan air hingga nasi hancur. - 2
Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tepung gandum juga mauripan... gaul sebati..
- 3
Tuangkan adunan nasi tadi kedalam campuran tepung tadi.. gaul hingga sebati ye... (adunan memang agak pekat ye)
- 4
Kemudian perapkan selama 3 jam... (adunan akan naik sedikit nnt)
- 5
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. panaskan kukusan. sapukan acuan ngan sedikit minyak...
- 6
Tuangkan adunan secara berselang seli dalam acuan...jangan risau warna tak kan bercampur sebab adunan pekat...
- 7
Kemudian bole la dikukus selama 20 minit... angkat dan kukus pula sedikit adunan warna kuning selama 10 minit. Angkat.
- 8
Perlahan-lahan keluarkan cutter dari loyang dengan perlahan-lahan. kemudian susun kuih apam diatas papan kek. Kita tekap acuan bentuk bintang dan bulan sabit diatas apam warna kuning. Dan bubuh diatas apam warna biru untuk bagi nampak seperti bendera🇲🇾
- 9
Siap untuk dihidagkan.
- 10
Resipi Sepertinya
-
Apam Tepung Beras Apam Tepung Beras
#sarapan #goldenapron #mingguke13Minggu apam kot minggu ni.. berderet minggu ni aznie buat apam sesaja.. kali ni Aznie buat apam tepung beras versi guna loyang brownies.. senang tak payah potong dah.. bentuk pun cantik sama rata.. sesekali buat corak polkadot pulak.. apam ni mmg lembut.. makan dengan kelapa parut.. nyaman aiiii... hihihi Aznie Khasri -
Apam Beras Apam Beras
#merdeka2020 #goldenapron2020 Menu minum petang tadi. Pagi tadi ada lebih nasi sejuk semalam. nak goreng pun tak banyak. Sayang jadi Aznie buatkan kuih apam beras je. lamatak makan sedap la pulak.. Teringat kenangan 10 tahun lepas Aznie jual kuih ni letak kat kantin sekolah. Alhamdulillah belum pernah lagi bawa balik. selalu je habis. cikgu dan anak-anak sekolah pakat suka makan ni. sehari Aznie hantar 4 jenis menu dan semuanya mendapat sambutan. Rindu pulak moment tu. tapi penat sebab kena bangun seawal 3 pagi untuk siapkan semuanya. walau pun penat tapi seronok.. Aznie Khasri -
Apam Beras Apam Beras
Apam ni semalam Aznie buat. Satu lagi kuih yang mak Aznie suka makan. Semalam jadi tangan sotong sat masak sesaje. Tapi Aznie suka sebab masak ni menyeronokkan sebab dapat jamu orang makan. Hubby selalu cakap kita kalau selalu bagi orang makan bertambah rezeki kita. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Jadi bab makan kita jangan berkira. Alhamdulillah. Aznie Khasri -
❤Apam Beras❤ ❤Apam Beras❤
#sarapanApam Tepung Beras.. pasti ramai yang menyukainya kan.. sedap dimakan bersama kelapa parut.. Jom semak.. Aznie Khasri -
👩🍳Apam Beras Merdeka 👩🍳Apam Beras Merdeka
Inspirasi Merdeka 🇲🇾Inspirasi resipi ‘Apam Beras Merdeka’ oleh Aznie @Sirap_Cheese 🌹terima kasih. Ini adalah Resipi kedua Aznie yang saya cooksnap. Lama sungguh tak nampak Aznie di Cookpad… semasa saya mula berjinak dgn Cookpad beliaulah antara cookpader yg beri kata2 semangat utk memasak😍..Nota masakan:1. Sapu loyang dgn minyak masak supaya tak melekat.2. Isi hanya separuh adunan kedalam acuan supaya tak kembang berlebihan.3. Panaskan dulu air pengukus sehingga mendidih sebelum dimasukkan adunan4. Alas bahagian atas kuih supaya wap air takmenitis diatas kuih.#InspirasiMerdeka2544/3K167/2025 Mahadiah -
Apam Beras Apam Beras
#KuihMuih #1454recipe #Pejuang2KResepiKuih yang tak pernah jemu dimakan. Makan bersama kelapa parut @ begitu saja, dua-dua pun layan. Dibulan ramadhan ni rasa lebih baik buat kuih sendiri sebab lebih menepati citarasa. Bila beli ada kala terasa macam kena scam , ada je yang tak kena. Aznie Khasri -
Apam Beras Apam Beras
#ApamBeras #1388recipe #Pejuang2KResepiAda lebihan nasi sejuk sayang kalau tak dimasak, jadi Aznie buat Apam Beras je. Kebetulan adik bagitau nanti nak dtg ngan mak, memang cantik sangat la tu. Mak memang suka sangat makan kuih apam. Memang rezeki mak hari ni. Alau ikut resepi dia suruh perap 3 jam je, tapi Aznie terlajak masa lepas 5 jam baru kukus. Serius la, kuih apam ni jadi lebih lembut dan gebu dari biasa. Sedap sangat, Alhamdulillah. Aznie Khasri -
Kuih Sagu Kukus Kuih Sagu Kukus
Buatkan kuih sagu ni tuk mak baru ni. Mak teringin nak makan kuih sagu katanya. Jadi Aznie buatkan terus, lagi pun dah lama Aznie tak buat dan makan kuih sagu. Teringin juga nak makan. Ni salah satu kuih yang hubby suka makan. Happy sangat rasanya bila tengok orang tersayang makan apa yang kita masak. Dan mereka suka, bahagia sangat rasanya. Aznie Khasri -
Apam Lapis Apam Lapis
#saturesepisatupohonBagi penggemar apam pasti suka yang ini.. ada 2 gabungan rasa apam biasa juga apam gula merah.. ala-ala apam kampung.. tak rugi mencuba.. mak mertua tengok pasti suka...🙈 Aznie Khasri -
Kuih Buah Melaka Kuih Buah Melaka
#cookpadworlddessertKuih ni petang semalam Aznie buat.. Teringin nak makan bila tengok kakak dengan adik-adik di kampung buat kuih ni malam kelmarin.. ya allah rindunya rasa nak balik jumpa mak, adik-adik juga anak buah semua.... Aznie dengan adik-adik memang hari-hari sembang kat whatsap.. Jadi tau apa yang diorang buat.. sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) kakak dengan adik balik kampung.. cuti sekolah kan.. jadi bila di istiharkan PKP jadi kakak dengan adik tak dapat nak balik.. Diorang duduk kampung sampai sekarang.. sedihnya rasa sebab tak dapat kumpul sekali.. bayangkan adik beradik 10 orang tambah pula dengan anak-anak buah memang meriah... Bila kelmarin kakak dengan adik bagitau diorang nak buat buah melaka.. sedihnya rasa.. bukan sebab tak dapat makan tapi tak dapat buat sama-sama.. seronok bila tengok gambar diorang buat kuih ni.. Bila hubby bagitau buat masa ni jangan pos gambar masakan di FB dulu biar keadaan reda dulu.. Aznie akur.. Aznie cuma pos di Cookpad je.. kesian kalau ada family juga sanak saudara yang lihat apa yang kita masak.. sedangkan kita tak tau apa yang diorang makan.. entah makan entahkan tidak.. Aznie setuju dengan apa yang hubby cakap.. Bila makan kuih buah melaka hati rasa sayu.. sedih.. rindu sangat kat mak kat kampung😥 Aznie Khasri -
Apam Pandan Tapai Apam Pandan Tapai
#sarapan #goldenapron #mingguke13Kalau cerita tentang apam.. semua pun sedia maklum.. ada pelbagai jenis apam dinegara kita kan.. untuk kali ini aznie buat kuih Apam Pandan Tapai.. Aznie guna tapai nasi je.. Ramai yang tanya kalau tak bubuh tapai boleh ke.. jawabnya boleh.. tapi apamnya cuma apam biasa je tiada keistemewaannya.. suka Apam ni sebab baunya yang wangi serta strukturnya yang lembut.. memikat hati sesiapa sahaja yang memakannya... selamat mencuba.. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen (12)