Cucur cempedak & biji rebus

Karl
Karl @karl_0415
Kuching, Sarawak

Ada 3 jenis buah yang selalu di tempat spesifik mengikut pantun ;
buah keranji sentiasa dalam perahu,
buah pisang malar dibawa belayar,
buah cempedak suka diluar pagar..

Cucur cempedak & biji rebus

Ada 3 jenis buah yang selalu di tempat spesifik mengikut pantun ;
buah keranji sentiasa dalam perahu,
buah pisang malar dibawa belayar,
buah cempedak suka diluar pagar..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
3-4 orang
  1. Buah cempedak
  2. 2 cawantepung gandum
  3. 2 cawantepung beras
  4. Minyak masak
  5. Air
  6. garam

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Sediakan buah cempedak dan ramuan.

  2. 2

    Bancuh tepung gandum dan tepung beras dan tambah sedikit air. Tambah sedikit garam dan kacau aduan. Pastikan tidak terlalu cair dan sesuai untuk aduan cucur. Tambah air lagi jika terlalu pekat. Asingkan isi cempedak dari biji nya dan rendam biji tersebut.

  3. 3

    Panaskan kuali dan biarkan panas seketika. Celupkan isi cempedak dalam aduan dan goreng dalam kuali. Sentiasa alihkan gorengan dan angkat jika sudah warna keemasan. Cucur cempedak siap.

  4. 4

    Untuk biji cempedak, rebuskan dalam air selama dalam setengah jam. Selepas mendidih, boleh masukkan garam secukup rasa. Lebih lama direbus, biji nya akan lebih lembut. Biji cempedak siap.

  5. 5

    Boleh dihidangkan bersama sambil beristirehat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Karl
Karl @karl_0415
pada
Kuching, Sarawak
Ceburi memasak ketika MCO
Baca lagi

Resipi Sepertinya