Sayur Asam

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

412/2021/RoadTo1k/1107
❤️Masak Apa untuk 1?❤️
Resipi ni lama dah hakak teringin nak makan lepas tengok satu video kat Fesbuk. Tapi tatau nama apa resipi ni. Tengok macam sedap sangat tau 😇 Tu bila hakak tengok Cookpaders Indonesia : Bunda Pashalenko masak Sayur Asam Kundur. Terus teringat resipi tersebut dan cookmark resipi dia. Alhamdulillah finally berjaya juga masak dan rasa. Memang sedap sangat 🤩 Rasa masam dari asam jawa, bergabung dengan belacan. Makan dengan aneka sayur (hakak hanya guna kangkung, jagung manis dan kacang panjang sahaja). Tu pun rasa sedap sangat 🤤
.
Untuk permulaan mencuba resipi ni agak banyak juga portion dia. Tapi hakak makan sorang je (suami tak mo makan). Hakak buat meratah gitu je. Tanpa nasi. Dalam banyak benda, jagung tu hakak tak boleh percaya rasa sesedap gitu ehh bila masak asam ni 😋 Jujur cakap, pencarian resipi sekian lama yang berbaloi dan mencubanya juga turut berbaloi 🥰😘❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

35minit
1 orang
  1. Bahan Kisar :
  2. 3biji bawang merah
  3. 4 ulasbawang putih
  4. 1biji cili besar merah
  5. 5biji cili padi hijau
  6. 1 sudu tehbelacan
  7. 1/2sudu besar pes asam jawa
  8. Bahan Sayur :
  9. 1ikat kangkung (dipotong kecil)
  10. 1biji jagung manis (dipotong bulat)
  11. 3 batangkacang panjang (dipatah pendek)
  12. 1biji tomato (dipotong 6)
  13. Bahan Lain :
  14. 2 helaidaun salam
  15. 1inci lengkuas (diketuk)
  16. 1 literair
  17. 1sudu besar gula perang
  18. 1/2sudu besar garam bukit
  19. 1 sudu tehserbuk cukup rasa

Cara Memasak

35minit
  1. 1

    Kisar halus bawang besar, bawang putih, cili padi merah, cili padi hijau, belacan dan asam jawa dengan sedikit air. Kemudian tuangkan ke dalam periuk. Masukkan daun salam dan lengkuas. Didihkan seketika.

  2. 2

    Masukkan jagung dan air. Masak sehingga jagung empuk.

  3. 3

    Masukkan batang kangkung dan kacang panjang. Diikuti daun kangkung dan tomato. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk cukup rasa. Didihkan seketika. Tutup api.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan. Nampak sedap kan 🤤🤤🤤

  5. 5

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya