Sup labu siam

Resepi rujukan dari google dan diolah mengikut bahan-bahan yang sedia ada didapur 😁
Sup labu siam
Resepi rujukan dari google dan diolah mengikut bahan-bahan yang sedia ada didapur 😁
Cara Memasak
- 1
Panaskan periuk... masukkan minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu...
- 2
Masukkan isi ayam dan sedikit air, biarkan isi ayam dimasak sekejap...dah agak masak masukkan air. Kuah boleh adjust nak banyak mana.
- 3
Dah mendidih boleh masukkan labu siam, agak2 dah nak lembut masukkan pula carrot, bunga kobis, jagung kecil...biar didih sekejap.
- 4
Boleh perasakan dengan garam dan kiub ayam...akhir masukkan suhun. Kacau seketika... tutup api.
- 5
Letak sup dalam mangkuk yang sesuai hias dengan daun sup dan bawang goreng diatasnya...sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
👩🍳Labu Siam Pecah Telur 👩🍳Labu Siam Pecah Telur
Labu Siam= English Gourd=ChayoteLABU SIAM bukan berasal dari Siam atau Thailand, sebaliknya dikatakan berasal dariAmerika Tengah dikenali sebagai English gourd/ Chayote dan kemudian dibawa oleh orang Belanda ke seluruh dunia.Labu siam juga dipanggil Timun Jepun atau Timun Taiwan. Ia lebih biasa digunakan sebagai sayur dalam masakan kaum Cina seperti sup, masakan lain seperti lemak cili padi dan yang paling menarik, sayur ini boleh dijadikan rojak, iaitu dimakan mentah dicicah dengan kuah rojak.Beberapa khasiat Labu ini ialah dapat menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit batu karang, dan mampu menurunkan kadar kolestrol.Golden Apron 2023 Week12Week 12 (25 September hingga 1 Oktober):1. Sawi Pahit2. Leher Ayam3. Belimbing Besi4. Cola5. LABU SIAM#GoldenApron23#Pejuang2KResipi#Week12#LabuSiam1614/2K Mahadiah -
Sup Labu Siam dengan Suun Sup Labu Siam dengan Suun
Labu siam tu rupa macam mana?Siap Google hahaha.Rupanya nama chef orang putih duk sebut chayote. Labu siam ni sebenarnya kategori buah. Kalau belah, dalam macam avocado, ada biji kat tengah.Selain daripada masak, boleh juga buat kerabu. Bukannya tak pernah makan. Cuma tak pernah masak sendiri kah kah kah. Terima kasih Cookpad bagi senarai bahan. Boleh la berlagak lepas ni, dah pernah masak labu Siam."Kau dah pernah masak labu siam? Kau tak kenal? Senang je masak." Lepas tu tepek link resipi Cookpad 😂Hashtag done berlagak.Hashtag dah pernah masak labu siam.Hashtag labu siam.P/s: Admin tolong jangan ban saya 😂#GoldenApron23 #week12 Nihadriz Niha -
Siakap Stim Limau Siakap Stim Limau
#goldenapron2020#cookpadmalaysia#resepipertamasayaMenu sihat dan amat mudah untuk dibuat. Sebelum ni pernah masak menu ni tapi tidak menjadi. Terus lupakan menu ni dari hidup.Setelah sekian lama, teringin mencuba lagi sekali. Resepi asal dari google tapi diolah mengikut bahan yang ada di dapur. Ros LieZa -
Paprik Sotong Sempoi Paprik Sotong Sempoi
#tribute2minshaPaprik sotong kita hari ni, tapi versi yang sempoi-sempoi saja.Recook dan cooksnap daripada resepi cookpader Lili Suryani tapi saya olah ikut kesesuaian bahan yang ada didapur. Norashikin Rahmat -
Sayur Campur Seadanya Sayur Campur Seadanya
Source :Cookpader Nihadris NihaSetiap hujung bulan sebelum terima duit belanja dari My Hubby😊, kebiasaan saya selalu membersihkan dan mengemas barang makanan yang ada dalam peti sejuk,ada baki sayur yang tinggal dikit,baki chicken ham 2 keping,1 keping dah saya buat makan sandwich semalam,so tinggal 1 keping lah sekarang...baki Bebola daging homemade pun still ada lagi....Buka Cookpad App scroll Resepi- resepi dan nampak resepi sayur campur dari cookpader Kak Nihadris Niha,saya terus cookmark dan petang tadi saya buat dengan menggunakan baki bahan-bahan yang seadanya, untuk di di jadikan menu buka puasa saya hari ini 😊. Simple jer sayur ni...dan jimat kerana menggunakan bahan-bahan yang sedia ada 😊 Mommy Nawla#Jeehan -
Sup Siam@ thai Sup Siam@ thai
Mini bonus sup ala thaiLama tak masak sup siam@ thai. Kali akak mengunakan ayam. Bertambah- tambah nasi, hidang pula dengan telur dadar crispy. Memang dua mata lauk pun dah cukup. Ani Delighted -
Kobis Tumis Senang 🥗🍚 Kobis Tumis Senang 🥗🍚
Resepi #cooksnap dari kak Erma Yusnida. Kobis goreng simple diolah mengikut citarasa. Overall, semuanya sedap dan pasti bertambah. 🤗❤️ Nurul Kefftya -
Sup ayam biasa Sup ayam biasa
Resepi google.. cuma saya ubah sedikit sahaja.. berdasarkan bahan2 Yang Ada didapur.Sepatutnya kaki ayam digunakan tapi saya tak pandai makannya.. 😁😁#backtobasic Zarafafiis ❣️🌹 -
Sup Tauhu Sup Tauhu
#goldenapron#bonussoyaSup tauhu adalah hidangan yang sihat dan menyelerakan. Hidangan ini kaya dengan khasiat protein daripada tauhu yang diperbuat daripada kacang soya. Ditambah lagi dengan campuran sayur bunga kobis,lobak merah dan kentang. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih. Zareena Shahmarudin -
Sup Ayam Siam Pasti Sedap Sup Ayam Siam Pasti Sedap
#cppassport • #NabThai • #NabRamadan • Inspirasi resepi asal oleh instagrammer @wanakamal_79. Memang sedap, rasa masam-masam pedass macam dekat kedai. Yum yum... Fyi, sup ni jenis yang rasa berempah. Nab’s Kitchen Diary -
Sup sayur cara saya Sup sayur cara saya
Sup sayur campak guna apa yang ada dlam peti. Selamat mencuba. Juliza Ghazali -
Bihun Goreng Singapore Bihun Goreng Singapore
Bihun goreng putih atau bihun goreng Singapore ni mudah disediakan. Saya guna bahan basic sedia ada di dalam.peti sejuk. Nak lagi sedap, makan dengan sip ayam atau pun sambal kicap. Rose Nani Nizah Nayan
Lebih Banyak Resipi
Komen