Pekasam Ikan Lampam

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Kakak ipar sedekahkan ikan pekasam dari Kedah sebab suami dia baru balik dari sana selepas bercuti 2 minggu bersama anak bongsu nya. Kakak ipar tak ikut kerana tak dapat cuti.
Memang favourite saya dan suami kalau ikan pekasam ni, laju je makan 😂 kena pula ada ulam-ulaman memang tak menoleh kalau mak mertua lalu 🤣

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2ekor ikan lampam + 1 ekor ikan gelama (hehe.. menyelit seekor)
  2. Minyak masak secukup nya untuk menggoreng
  3. 2biji limau kasturi (dibelah)
  4. 1/2labu bawang merah bombay/holland (dihiris)
  5. 2-3biji cili padi Thai (dihiris)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak masak, goreng ikan hingga masak guna api kecil. Ketepikan.

  2. 2

    Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan goreng bawang dan cili padi hingga layu. Tuangkan ke atas ikan dan perahkan jus limau. Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (5)

 Anur Musa
Anur Musa @gula_enau
Dapppp nya ikan lampan pekasam ne..mana beli..musim banjir ne byk lah dpt ikan putih sungai ne

Resipi Sepertinya