Biskut Cerelac Sabah "resepi istimewa mamaku"

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Apa itu Cerelac? Cerelac adalam bijirin bayi yang berusia 6 bulan keatas tu ye.. (Nestle Crelac).
Biskut cerelac sabah ni kalau dapat makan memang susah nak move on. Selagi tak habis selagi tu ulang makan.Inilah biskut Berhantu jadi rebutan dalam keluarga ummi sekeluarga jika musim raya.
Setiap tahun biskut cerelac sabah ni mama(maksu babah)yang buatkan. Biskut cerelac sabah ni juga adalah resepi & airtangan mama sejak dulu-dulu lagi.Jadi ramailah saudara mara yang pernah merasa pasti akan bertanya resepi pada mama.mama ni pula jenis yang langsung tidak kedekut. Semua diberitahunya dengan seikhlas hati.
Akan tetapi ramai yang buat jarang juga menjadi sama seperti yang mama buat. Ini mungkin kerana mama tidak ada sukatan yang tepat. Maklumlah orang lama ni mana ada sukat macam kita sekarang, semua main campak-campak je tak cukup itu ini main tambah sikit-sikit sampailah berpuashati. Jadi mama akan cakap bahan itu secara agak-agak sahaja. Lagipun airtangan setiap orang kan tak sama walaupun resepinya sama.
Ummi sendiri pun dah bertahun-tahun dah mama bagi resepi tapi tak pernah pun nak mencuba. Maklumlah manja kan.. Mesti nak mama juga buatkan tiap kali raya. 🤭😂
Kali ini ummi nak rasa airtangan sendiri pula sebab mama selalu sarankan suruh ummi cuba buat sendiri. Alhamdulillah "dah lulus" kata mama 👍😋😍
Resepi asal dari mama tersayang (mama khatijah) @cook_28550667 ...Terimakasih mama 🥰🥰🥰💖💖💖

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 200 gramminyak sapi(tin kecil)
  2. 1/2 cawangula halus
  3. 6 sudu besarNestle cerelac (beras + susu)-yg biasa pun boleh
  4. 1 cawansusu full cream (Nespray)
  5. 2 cawantepung gandum cap rose
  6. Bahan salutan:
  7. 1/2 cawansusu tepung full cream
  8. 1 sudu besargula halus/aising
  9. 1/2 cawancerelac

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan minyak sapi dan gula halus sebatikan sehingga gula betul2 larut. Kemudian masukkan cerelac gaul sebati.

  2. 2

    Masukkan susu tepung dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit gaul atau adun sehingga mendapat adunan yang boleh di terap atau di gentel.

  3. 3

    Dah siap adun biarkan sekitar 10 minit kemudian terap dengan pencetak pilihan atau boleh saja dibulat-bulatkan seperti biskut arab. Ummi terap guna pencetak plastik bentuk love.

  4. 4

    Semasa terap atau cetak boleh ditaburkan sedikit tepung untuk elak ia melekat.

  5. 5

    Siap cetak susun dalam tray.. Bakar suhu 120° c selama 15-20 minit. (suhu dan masa ikut oven masing2 ya).

  6. 6

    Bila sudah masak angkat sejukkan seketika.
    Dalam bekas lain satukan cerelac dan susu tepung full cream serta gula.. Salutkan biskut sehingga habis. Susun dan simpan dalam bekas kedap.

    Nota: gula jika taknak letak pun takpe sebab cookies dah manis dah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (8)

FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17
Harrrr...Simple je resepi nya..nampak sedap je..msti bdk bdk suka..save dlu resepinya

Resipi Sepertinya