Udang Goreng Butter Telur Bersarang

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Kalau berkunjung ke Sabah ini antara menu yang popular di kebanyakan Restaurant Seafood.Ummi selalu makan di Tanjung Lipat, Likas ,Kota Kinabalu Menu wajib ummi oder adalah udang goreng butter telur sarang. Menu kegemaran babahnya rizqi ini.
Seronok tinggal di sabah ni seafoodnya fresh dan harga sangat berpatutan. Memang puas makan.

#MerdekaMonth Citarasa Borneo - Seafood [Week 4]

Udang Goreng Butter Telur Bersarang

Kalau berkunjung ke Sabah ini antara menu yang popular di kebanyakan Restaurant Seafood.Ummi selalu makan di Tanjung Lipat, Likas ,Kota Kinabalu Menu wajib ummi oder adalah udang goreng butter telur sarang. Menu kegemaran babahnya rizqi ini.
Seronok tinggal di sabah ni seafoodnya fresh dan harga sangat berpatutan. Memang puas makan.

#MerdekaMonth Citarasa Borneo - Seafood [Week 4]

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 12 ekorUdang saiz besar
  2. 3 sudu besartepung jagung
  3. 150 grambutter
  4. Bahan telur sarang:
  5. 1 1/2 cawanminyak
  6. 5 bijikuning telur
  7. 2 ulasbawan putih -cincang halus
  8. 1 sudu tehmaggi cukup rasa
  9. 1 sudu tehgula
  10. 7 bijicili padi
  11. 2 tangkaidaun kari

Cara Memasak

  1. 1

    Udang dicuci bersih toskan.. Gaul dengan tepung jagung dan secubit garam halus.

  2. 2

    Panaskan butter goreng udang dengan api kuat,goreng sekitar 2 minit sahaja. Jangan terlampau lama supaya udang tidak keras. Angkat dan ketepikan

  3. 3

    Penyediaan telur bersa rang :
    Pecahkan telur ambil kuning sahaja. Pukul rata dan tapis supaya dapat hasil telur yang halus.

  4. 4

    Sediakan daun kari, cili padi, bawang putih cincang,gula,garam atau serbuk perasa dalam satu bekas.

  5. 5

    Pnaskan minyak baru dan butter dengan api perlahan. Hendaklah pusarkan senduk dalam minyak sambil tuang kuning telur perlahan-lahan dengan jarak tinggi.

  6. 6

    Bila sudah nampak buih-buih kecil masukkan semua bahan daun kari dan cili tadi.. Kuatkan sedikit api dan kacau sehingga nampak sedikit garing tapi telur masih lagi berwarna kuning ye jangan sampai bertukar warna nanti pahit. Masa ni boleh masukkan udang tadi dan gaul sekata matikan api.Ummi tak masukkan udang dalam kuali. Ummi tapis telur terus untuk toskan minyak. Kemudian letak atas udang.

    Nota : Kalau taknak letak udang dalam kuali pun boleh, terus tapis je telur sarang dalam tapis.

  7. 7

    Siap untuk dinikmati..👍😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (2)

Hjh Wajihah Haziqah Hj Abd Majid
Hjh Wajihah Haziqah Hj Abd Majid @wazee8654
Akak mohon share resepi ya.. maaf klu ada sebelum2 ni akak tercopy tanpa sengsja..moga Allah SWT memberi kita semua rahmat yang berlimpah.. Aamiin Allahuma Aamiin..

Resipi Sepertinya