Butter Prawn

#goldenapron2020 #phopxcookpad2020
Ini menu hari terakhir berbuka tempoh hari. Adik beradik & sedara mara berkumpul request nak makan udang. Jangan risau sedara mara semua 1 kampung dan masih tak langgar sop pkpb lagi. Sarang telur tu pertama kali buat. Alhamdulillah menjadi! Menangis lagi dekat bucu kabinet dapur sebab terharu menjadi sarangnya🤣
Butter Prawn
#goldenapron2020 #phopxcookpad2020
Ini menu hari terakhir berbuka tempoh hari. Adik beradik & sedara mara berkumpul request nak makan udang. Jangan risau sedara mara semua 1 kampung dan masih tak langgar sop pkpb lagi. Sarang telur tu pertama kali buat. Alhamdulillah menjadi! Menangis lagi dekat bucu kabinet dapur sebab terharu menjadi sarangnya🤣
Cara Memasak
- 1
Pukul ringan kuning telur. Panaskan butter bersama minyak masak. Bila minyak betul-betul panas, pusingkan minyak menggunakan senduk bulat laju-laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
- 2
Kemudian tuangkan kuning telur tadi. Tuang telur tinggi-tinggi supaya jadi halus. Teruskan pusing laju-laju & tuang hingga habis. Pusing terus senduk sehingga telur tu masak keemasan. Dah siap toskan minyak dalam tapis.
- 3
Seterusnya siapkan udang pula. Goreng dulu udang yang digaul bersama dengan garam dan lada sulah. Jangan goreng lama sangat nanti keras. Dah siap angkat dan toskan.
- 4
Untuk kuah, panaskan butter di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
- 5
Kemudian masukkan susu cair dan biarkan masak sekejap. Lepas tu, masukkan udang, lada hitam/putih dan perasakan dengan maggi cukup rasa dan sedikit gula. Dah siap boleh dihidang atas pinggan dan taburkan sarang telur diatas udang tadi.
Resipi Sepertinya
-
-
Udang Butter Bersarang Udang Butter Bersarang
Dulu masa bujang suka makan menu ni kat satu restoranThai di Shah Alam. Lepas dah kawin pernah cuba buat 2, 3 kali tapi bab sarang tu asyik fail. Jadi kasar kasar dan tak cantik.Bila cookpad buat cooksnap resepi ni dari Chef Husnil apa lagi aku pun nak cuba buat jugak la. Jenuh hadamkan segala tips dan steps nak buat sarang tu. Lepas 3 kali percubaan dan berbelas biji telur jadi mangsa akhirnya berjaya jugak jadi sarangnya. Yeayyyy! 💪Bangga bak hang. Takpe kita praktis lagi nanti bagi lagi cantik kejadiannya. Terima kasih Chef Husnil sebab sudi kongsi resepi ni. Memang sedap. Korang pun boleh la buat nanti. SELAMAT MENCUBA! 😍#goldenapron2020#minggu34#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Butter Prawn Bersarang KETO Butter Prawn Bersarang KETO
#goldenapron2020 #cooksnaplive Harini Cookpader Dapur Chef Husnil sudi luangkan masa cuti untuk demo secara live masak resipi ni di fb!Takut tau nak try sebab dekat restoran bukan main lagi mahal. Pastu bila tengok tutorial macam susah sangat nak jadi.Alhamdulillah 1st time try, hasil dia not bad! AND SEDAP GILEEEERRRZZZ! Ratah camtu je sampai licin semua “rambut2” tu 🤣.Macam biasa MinSha akan olah resipi jadi guilt-free versi keto. Lama sangat dah curang diet ni. Still sedap tau! Jangan ingat makanan diet tak sedap! Kadang lagi sedap pun ada! Let’s cook geng! MinSha -
Udang Butter Sarang Haeyo Udang Butter Sarang Haeyo
#NabMY • #NabOriental • Terima kasih kepada cookpader Nur Zahida Aini yang berkongsi resepi dan teknik membuat Udang Butter Sarang.Kalau ikut resepi asal, ada letak susu masa goreng udang tapi saya tak letak sebab terlupa 😂 Tapi jangan risau, rasa udang butter masih tak lari 👌🏼Versi saya, udang digoreng sekali sahaja dan kuantiti bahan-bahan yang digunakan pun sedikit sahaja sesuai untuk 1-2 orang makan. Nab’s Kitchen Diary -
Butter Prawn Bersarang Butter Prawn Bersarang
#goldenapron2020 #cookpadmalaysia Butter prawn adalah antara menu yang popular yang biasa kita order di kedai makan. Saya akui permulaan belajar cara buat "Sarang" itu cukup susah. Rupanya ramai yang tidak tahu cara hasilkan sarang yang bagus dan halus. Terus ikuti cara masakan saya dan selamat mencuba. :)) Dapur Chef Husnil -
Udang Butter (Butter Prawn)🦐 Udang Butter (Butter Prawn)🦐
Udang harimau hasil suami pancing tempoh hari saya buat udang butter..teringin sangat nak makan.. Sedap..lemak2 manis masin cukup rasa semuanya..anak2 dara saya suka meratah.. Nor Al Fatihah -
Udang Goreng Butter Telur Bersarang Udang Goreng Butter Telur Bersarang
Kalau berkunjung ke Sabah ini antara menu yang popular di kebanyakan Restaurant Seafood.Ummi selalu makan di Tanjung Lipat, Likas ,Kota Kinabalu Menu wajib ummi oder adalah udang goreng butter telur sarang. Menu kegemaran babahnya rizqi ini.Seronok tinggal di sabah ni seafoodnya fresh dan harga sangat berpatutan. Memang puas makan.#MerdekaMonth Citarasa Borneo - Seafood [Week 4] Q'leenalee's Kitchen -
Butter prawn chilli Butter prawn chilli
Favourite adik beradik bila mak masak lauk ni waktu kecil. Resepi sama, rasa sama, tapi mak masak lawa kejadianya 😁 Ruzannah Zannah -
Kerepek Pedas Kerepek Pedas
Tak raya pun boleh buat. Bila dah buat sedap pula makan ramai-ramai sambil membawang dengan keluarga hahaha.. gitulah kitakan kalau dah berkumpul dengan adik beradik, saudara-mara.. best sangat.. Julia ALeen Aireish -
Butter Prawn Bersarang Butter Prawn Bersarang
Bukan setakat udang je bersarang..resepi ni pun dah lama bersarang dalam draft sejak cooksnap butter prawn bersarang chef husnil..resepi sahaja bersarang, tapi mmg dah banyak2 kali buat sampaikan tak hairan dah nak amik gamba baru🤣 akhirnya boleh juga keluar dari sarang untuk cabaran oren..🤣 tunjuk ajar dan tips dari chef husnil mmg terbaik!Uchu jarang2 guna kuali cap buaya ni..sebab malas nak menyental. Tapi ada 3 keadaan Uchu tetap nak guna kuali hikmat ni iaitu nak goreng keropok keping kembang, goreng telur dadar bersarang dan juga nak buat sarang untuk butter prawn ni..kalau guna kuali lain kurang keyakinan!🤣🤣 Sesimple Loralin -
Butter Prawn #bazaarramadan Butter Prawn #bazaarramadan
Alright.. Biasanya Kita Akan Dapat Menu Nih Dekat Restoran Cina Muslim.. Tapi Disebabkan Kita Dah Kena PKP Nih.. Bazaar Ramadan Pon Dah Tak Boleh Pergi Kan.. Hahh So, Jom Kita Try Buat Sendiri.. Serious Memang Puas Hati Dan Sedap. Bahan2 And Cara2 Dia Pon Takde Lah Susah Sangat.. Inshaallah Boleh Jadi Masakan Kita. #bazaarramadan Muhammad Iqbal Fahmi -
Butter Prawn🍤🍤Berkuah Butter Prawn🍤🍤Berkuah
Biasanya saya buat butter prawn yg bersarang tu tapi harini special request.. anak2 nak butter prawn berkuah..#goldenapron2020 eiii_lalalala🍪
Lebih Banyak Resipi
Komen