Sambal sardin

3 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30min
3 orang
  1. 1 tinsardin size sederhana (saya guna mackerel)
  2. 3 ulasbawang putih
  3. 2 bijibawang kecil
  4. 1 bijibawang besar
  5. 3-4 sudu besarcili kisar
  6. 3asam keping
  7. 2cili merah (kalau nk pedas boleh guna 3 batang cili padi)
  8. 2 incihalia dihiris

Cara Memasak

30min
  1. 1

    Asingkan ikan sardin dan kuahnya.
    Goreng ikan sardin hingga separuh masak. Tutup kuali ketika menggoreng kerana minyak akan memercik.

  2. 2

    Tumis bawang, halia. Saya lebihkan penggunaan minyak ketika menumis.

  3. 3

    Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan ikan sardin. Gaul perlahan untuk mengelakkan ikan hancur.

  5. 5

    Masukkan kuah sardin yang diasingkan tadi.

  6. 6

    Masukkan asam keping

  7. 7

    Tambah gula, garam secukup rasa. Tambah sedikit air jika sambal terlalu kering. Tutup api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
mona
mona @cook_22177660
pada

Komen

Resipi Sepertinya