Keropok Lekor Ikan Campur

Kakak sulung borong banyak ikan campur-campur sampai tak muat freezer di rumah mak. Jadi kakak sedekahkan kepada saya lima kilo ikan. Saya buat keropok lekor tetapi tak semua nya kerana tak larat nak siang ikan yang banyak. Separuh ikan tu masih lagi saya simpan di dalam freezer dan ada juga yang saya sedekahkan kepada kucing-kucing dan anjing-anjing yang ada di kawasan berhampiran. Dalam rezeki saya, mesti ada rezeki untuk haiwan tu juga. Tak sampai hati melihat mereka tercari-cari sisa-sisa makanan di kawasan tong sampah.
Keropok Lekor Ikan Campur
Kakak sulung borong banyak ikan campur-campur sampai tak muat freezer di rumah mak. Jadi kakak sedekahkan kepada saya lima kilo ikan. Saya buat keropok lekor tetapi tak semua nya kerana tak larat nak siang ikan yang banyak. Separuh ikan tu masih lagi saya simpan di dalam freezer dan ada juga yang saya sedekahkan kepada kucing-kucing dan anjing-anjing yang ada di kawasan berhampiran. Dalam rezeki saya, mesti ada rezeki untuk haiwan tu juga. Tak sampai hati melihat mereka tercari-cari sisa-sisa makanan di kawasan tong sampah.
Cara Memasak
- 1
Ikan dicuci bersih dan asingkan tulang dengan isi ikan. Buat sehingga habis. Kupas bawang putih, kisar bersama isi ikan dan air hingga hancur dan halus.
- 2
Tuang isi ikan ke dalam bekas/mangkuk besar. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, tepung gandum dan tepung ubi (tuang tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang dikehendaki/lembut.
Nota : Tepung ubi jangan dihabiskan. Ikut keperluan sahaja. - 3
Tabur tepung ubi atas papan pencanai/silicone mat (saya guna loyang yang lebar) ambil sedikit adunan bulat-bulatkan dan gelek memanjang, ketepikan. Buat sehingga habis. Didihkan air dengan sedikit minyak masak dan rebus doh lekor sehingga timbul terapung di permukaan air.
- 4
Angkat dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan lekor melekat di antara satu sama lain. Siap. Nak buat frozen lekor, sejukkan dahulu kemudian dibungkus kemas di dalam plastik dan disimpan di dalam freezer. Jika hendak digoreng nyahbekukan dahulu.
- 5
Jika hendak digoreng, potong beberapa bahagian dan goreng di dalam minyak yang panas hingga garing di luar tetapi lembut di dalam. Sedap cicah bersama sos cili.
Resipi Sepertinya
-
Keropok Lekor Ikan Tamban Keropok Lekor Ikan Tamban
Masak Apa Cuti Sekolah?Keropok lekor adalah salah satu kegemaran anak-anak saya. Kalau beli memang tak cukup, berebut makan. Ikan tamban ni mak mertua yang beri sebab beli banyak. Kat rumah saya pula, hanya saya dan anak lelaki saya jer yang suka makan ikan yang banyak tulang. Jadi saya buatkan keropok lekor supaya semua ahli keluarga saya dapat menikmati ikan tamban tu. Puas makan kalau buat sendiri. #TeamJajanJom dik @shahmirul91 join cabaran minggu ni. Dapur Yusfarisyia -
Keropok lekor lembut homemade Keropok lekor lembut homemade
#goldenapron#minggu18Kami sekeluarga memang gemarkan keropok lekor. Selalunya memang kami beli digerai-gerai sahaja. Tapi ada suatu hari keadaan hujan perut lapar dan bila buka peti sejuk hanya ada ikan saja. Tiba-tiba terfikir keropok lekor.Di sebabkan kurang pasti resepinya saya terus cari di internet dan terjumpa satu resepi. Saya terus mencubanya dan alhamdulillah, menjadi kegemaran semua. Mazwin -
Keropok Lekor Keropok Lekor
Resepi simple dan senang, guna ikan yang senang dapat maklumlah musim PKP ni tak boleh keluar lebih dari 10km.Dalam resepi ni saya menggunakan ikan pelaling tapi kalau nak lagi sedap gunalah ikan tamban.Alkisahnya,masuk minggu ke 3 PKP anak anak dah mula merindui keropok makcik Kiah goreng pisang.Disebabkan pergerakkan terhad terpaksa lah mama usaha kan juga mengentel kopok lekor dan alhamdulillah berjaya juga akhirnya.Jom...kita tengok resepi #cooksnap Nurul Fauzana -
Ikan Kembung Masak Lemak Ikan Kembung Masak Lemak
#goldenapron2020Jemu asyik makan ayam je, sekali-sekala tu nak juga makan ikan tapi selalu nya payah jumpa ikan yang segar di waktu wabak yang merbahaya yang sedang melanda di seluruh dunia. Nak keluar beli barang keperluan dapur pun terbatas. Risau bila dengar sana-sini ada kes yang baru. Bila jumpa ikan yang agak segar memang tak lepas peluang beli secara borong. Boleh juga bahagi dengan emak dan kucing-kucing peliharaan. 😀Maklum la kat rumah saya ni memang banyak kucing dan tak kurang juga dengan kucing-kucing jiran yang datang bertandang sebab nak minta sisa-sisa makanan. Kesian kan? Daripada dibuang lebihan makanan tu lebih baik sedekah pada kucing-kucing tu kan? Mereka pun makhluk ciptaan Allah yang bernyawa. Dapur Yusfarisyia -
Keropok Lekor Keropok Lekor
#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaKeropok Lekor adalah kegemaran kami sekeluarga. Kalau pegi pasar tani mahupun pasar malam selalunya akan mencari keropok Lekor yang sedap. Dan setiap kami balik Pahang kami akan singgah membeli Keropok Lekor di tempat langganan kami untuk di bawa balik ke JB. Jeehan Kitchen -
Keropok Lekor Keropok Lekor
#merdekapassport TerengganuAnak anak suka makan keropok lekor.Beli di sini rasa tidak sama macam saya makan di terengganu.Disini banyak tulang,rasa masam dan keras,banyak tepung..Langsung tidak sedap.Akhirnya saya buat sendiri.Sedap sangat sebab kekal lembut walaupun sudah sejuk. Dunia Hanya Sementara Fy -
Keropok Lekor Keropok Lekor
Day100/366/2020/April/9Day23 #14harimencintaiku #extendPKP2Hari ni belajar buat keropok lekor pulak😬. Selalu kalau teringin makan keropok lekor. Boleh je beli daripada Mak Cik Kiah yang berniaga goreng pisang tu haa. Tapi sekarang ni hanya mampu terkenang-kenang je Mak Cik Kiah tu haa.. Dah teringat tu kan, zasss terus goggle resipi. Ada je jumpa resipi terusLAH cuba buat. Hehehe...Untuk resipi ini, saya kisar ikan dengan air (guna blender biasa tu), jadi penggunaan tepung agak banyak. Sebab bila dah menguli baru terfikir, kalau guna food processor lebih baik rasanya. Sebab ikan dikisar tanpa air. Jadi akan menghasilkan rasa ikan yang lebih mendominasi berbanding tepung. But its ok. First try ye dak.. nanti boleh cuba lagi. Salina Jalaludin -
Set Menu Rahmah (Nasi Putih, Ikan Campur-Campur Goreng & Bok Choi Tumis Bawang Putih) Set Menu Rahmah (Nasi Putih, Ikan Campur-Campur Goreng & Bok Choi Tumis Bawang Putih)
Menu Rahmah Di RumahSekarang ni harga barang semua nya naik. Sebagai pengguna/pembeli, kita kena bijak membeli dan mengatur perancangan di rumah.Menu set rahmah ini memang sangat jimat untuk kami bertiga anak beranak. Ikan-ikan tu saya beli rm5 sebekas (ikan campur-campur). Saya suka beli di rumah persendirian di sekitar tepi pantai kerana ikan-ikan nya murah. Sayur tu, rm2. 50 untuk satu plastik 300gm saya beli di bahagian luar pasaraya kerana harga nya boleh lagi ditawar menawar kalau kita beli 3 plastik. Beras pulak saya masak 1 pot jer. Guna minyak masak pun tak ler banyak pun, (tips, minyak bekas goreng ikan tu boleh digunakan lagi sekali untuk menggoreng ikan pada hari berikut nya), bawang putih dan sedikit ikan bilis serta maggi cukup rasa, garam dan serbuk kunyit. Modal mungkin dalam anggaran rm10 atau lebih sedikit sahaja. Jika dibahagi 3 orang tak sampai rm5 seorang. Dapur Yusfarisyia -
Cucur Ikan Selar Kuning Cucur Ikan Selar Kuning
Cucur ikan ini merupakan menu simple selain dari cucur bawang dan bilis, tetapi kesedapannya memang tidak boleh dinafikan juga.Sedap dimakan panas, waktu santai minum petang.Kali ini saya menggunakan isi ikan selar kuning.Rasa dan aroma ikannya yang manis memang membuatkan makan tak berhenti.Selain dari ikan selar kuning, boleh juga menggunakan ikan lain seperti selayang, kembung atau sebagainya. Ianya tetap sedap juga.Mari lihat caranya dan bolehlah mencubanya ye👍#GoldenApron23#ikanselarkuning Murni's LittleKitchenz -
Kuah Laksa lemak Kuah Laksa lemak
Perkara yang selalu berlaku Kat dapur, Nak masak menu lain tiba2 siap menu lain, Hajat Nak rebus 3 ekor ikan. Nak Makan ikan rebus goreng Bila ikan rebus dah siap tiba2 terbaik laksa Pula..terus buat laksa...hahahha.. mudah yg amat . Campak je semua sekalinikan yg dah rebus tu..sekali Ngan Asam keping dan air rebusan, campak Masuk bawang Merah dan Lada Hitam... Campur Santan ..tambah air..terus siap Kuah laksa... Zleq Kha -
Homemade Keropok Lekor Homemade Keropok Lekor
#potluckmemories#perakpenang#goldenapron#glutenfreePotluck pada 1 September di Perak! Memori indah, berkonsepkan kampung dan berlatar belakangkan sawah padi.Minkana telah mengadakan sesi kuiz, dan semua enjoy! Setiap jawapan ada hadiah tau.Ibu dapat set tikar sushi bersama sudip kayu kecil. Comel!Baru berpeluang guna. Kami buat keropok lekor menggunakan kaedah gulung sushi. Fuhhh walaupun susah, tapi menjadi.Terima kasih #cookpadmalaysiaTerima kasih #minkanaMemori indah tidak akan lupa dari ingatan! IntanNS -
Bebola Ikan Goreng Salut Kenoki (Kentang + Enoki) Bebola Ikan Goreng Salut Kenoki (Kentang + Enoki)
#GoldenApron23Kentang + EnokiBalik dari menziarahi pusara arwah m.i.l dan f.i.l pagi tadi kerana semalam (Jumaat) hari hujan jadi tak dapat nak menziarahi pusara arwah.Balik tadi perut terasa kenyang kerana sewaktu perjalanan pulang tu singgah beli cakoi, karipap dan pisang goreng. Jadi gantung kuali lah nampak nya kata suami sebab suami tengok saya seperti kepenatan apabila sampai di rumah. Jam dah hampir pukul 1 tengahari, seperti biasa urusan dengan kucing-kucing yang dalam sangkar di dalam rumah saya yang uruskan, yang dalam sangkar-sangkar di luar rumah suami yang uruskan. Lepas solat, perut berkeroncong, tengok suami dah terlelap di kerusi panjang. Terus ke dapur tengok ada bebola ikan, ubi kentang dan enoki pun masih berbaki. Mula-mula nak buat sup tetapi malas nak masak nasi nanti takde siapa yang nak makan, takut membazir. Akhir nya buat seperti cekodok. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)