Kuey teow Goreng Basah

Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor

Menu kuey teow goreng basah sedap dihidangkan sebagai sarapan. Kuey teow digoreng basah, makan dengan sambal dan telur mata, ditambah sayuran seperti kucai dan taugeh. Cara penyediaanya juga mudah sangat.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 1 bijibawang besar (dikisar halus)
  2. 2 bijibawang putih (dikisar halus)
  3. 2 bijibawang putih (dikisar halus)
  4. 15 bijicili padi dikisar halus
  5. Segenggamtaugeh (ikut suka nak letak banyak mana)
  6. Kucai
  7. 10 ekorudang (dibuang kepala)
  8. Fishball dipotong-potong
  9. secukup rasaGaram dan gula
  10. Kicap kuantiti yang secukupya
  11. 1 sudusetengah Sos Tiram
  12. 1 sudu kecilSos ikan
  13. 1 paketkuew teow (celur dalam air panas & tos)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak di dalam kuali.
    Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan kisar kering sedikit

  2. 2

    Masukkan daging dan sedikit air. Tunggu sehingga air kering.
    Kemudian masukkan udang dan tunggu seketika hingga udang masak.
    Masukkan fish ball, gaul sebati.

  3. 3

    Masukkan sos tiram. Gaulkan bersama. Kemudian masukkan telur. Kacau rata.

  4. 4

    Masukkan kuey teow yang telah digaul dengan kicap. Gaul manja

  5. 5

    Kacau lagi, bubuh tauge dan kucai, sos ikan dan perasakan dengan garam secukupnya.
    Kacau sekejap dan tutup api.

  6. 6

    Sedia untuk dihidangkan 😋😋😋

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
pada
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor
Ini merupakan buku resepi ibu yang tidak di bukukan bagi memudahkan ibu mencari semula. Ada resepi google dan ada resepi turun temurun. Resepi google yang menjadi sahaja ibu muatkan di sini. Sejujurnya ibu kurang mahir memasak. 😁😁😁
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan