Chinese Char Kuey Teow

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 27: CHINESE FOOD
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#kicapmasin #kueyteow #sostiram #taugeh

Sempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Chinese Food.

Chinese Char Kuey Teow, kuey teow yang digoreng dengan aroma wok hei, kering, dan sedap. Berlainan dengan char kuey teow Melayu yang dibanjiri kuah dan basah basah gitu.

Ikut citarasa masing masing nak kering atau berkuah. Tapi kalau ikut originality Chinese, memang kering la.

Chinese Char Kuey Teow

7 orang bercadang membuatnya

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 27: CHINESE FOOD
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#kicapmasin #kueyteow #sostiram #taugeh

Sempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Chinese Food.

Chinese Char Kuey Teow, kuey teow yang digoreng dengan aroma wok hei, kering, dan sedap. Berlainan dengan char kuey teow Melayu yang dibanjiri kuah dan basah basah gitu.

Ikut citarasa masing masing nak kering atau berkuah. Tapi kalau ikut originality Chinese, memang kering la.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 orang
  1. Bahan Sos
  2. 2 sudu besarkicap lemak manis
  3. 2 sudu besarkicap masin
  4. 2 sudu besarsos tiram
  5. 2 sudu besarkicap cair
  6. 1 sudu besarcuka
  7. 1/2 sudu kecilAjinomoto
  8. 1 sudu kecilgula perang
  9. Bahan Char Kuey Teow
  10. 5 ulasbawang putih (cincang halus)
  11. 2 sudu besarcili kisar
  12. 1/2 cawanminyak masak
  13. 1/2 cawanair
  14. 5 ekorudang besar
  15. 3 bijitelur
  16. 1 paketkuey teow (lerai leraikan. Faa guna kuey teow halus)
  17. 1 cawantaugeh
  18. 1 ikatdaun kucai (potong)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Mula mula buat sos. Campurkan semua bahan, kacau sebati.

  2. 2

    Cincang halis bawang putih. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar sampai garing.

  3. 3

    Masukkan bancuhan sos. Kacau dan tambah sedikit air. Kacau sampai garing dan pecah minyak.

    Masukkan udang. Kacau.

  4. 4

    Bila udang dah separuh masak, masukkan kuey teow. Gaul sebati.

  5. 5

    Ketepikan kuey teow. Masukkan telur. Besarkan api, biar sekejap. Kacau sekata.

  6. 6

    Bila dah masak sekata, masukkan taugeh dan kucai. Kacau sekejap dan tutup api. Hidangkan dengan telur mata jika suka. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya