Peanut Pralines

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Hi semua,
Hari ni Gyna nak kongsi resipi Peanut Praline. Yang selalu kita sebut Biskut Bipang. Saje je nak sebut Peanut Praline. Macam best gitu bunyinya. 🤣
Sebenarnya kacang tanah tu Gyna buat biskut Mazola sempena CNY ni. Berbaki banyak pula, sayang kalau tak digunakan. Risau kacang tu jadi hapak kalau dibiar lama. Jadi Gyna teringat biskut Bipang. Tapi malas nak buat caramel. Gyna ganti dengan Florentine powder sahaja.
Eh tak sangka pula menjadi. Lebih rangup dan yang paling penting,.. tak keras. Sekali ramas terus hancur. Terus jadi rebutan anak-anak dan bapak dia sekali.
Kacang tanah dan biji bijan harus dipanggang terlebih dahulu. Kulit kacang tanah seeloknya dibuang kesemuanya supaya tidak ada rasa pahit dan benda asing bila kita makan. Biskut ini lebih cantik bila dipotong ketika panas.
Sesiapa yang dah cuba resipi Gyna yang simple ini, jangan lupa tag Gyna tau.
Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10-15 minit
Loyang 30x25cm
  1. 400 gramkacang tanah
  2. 250 grambiji bijan
  3. 350 gramFlorentine

Cara Memasak

10-15 minit
  1. 1

    Panggang kacang tanah sehingga kacang tanah masak. Gyna panggang didalam oven selama 1 jam bersuhu 130c. Bila kacang selesai dibakar, Sejukkan dan buang kulitnya.

  2. 2

    Panggang pula biji bijan selama 15 minit. Sejukkan.

  3. 3

    Dalam satu mangkuk, satukan kacang tanah, biji bijan dan Florentine powder. Gaul sebati

  4. 4

    Tuangkan ke dalam loyang yang beralas baking paper. Ratakan

  5. 5

    Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150’c atau ikut oven masing-masing.

  6. 6

    Selesai membakar, terus keluarkan dari loyang. Potong ketika panas,
    Kemudian, sejukkan terlebih dahulu sebelum simpan di dalam balang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Haaiii Gyna Cantik! Welcome back yang! We mish yew 😘😘😘

Resipi Sepertinya