Pavlova by Gyna

Dulu, setiap kali Gyna buat Pavlova tak pernah menjadi. Kejadian yang terhasil selalu menjadi lembik macam sponge basuh pinggan. Benci sungguh kalau teringat. Terasa macam nak putus saudara. Bukan sekali gagal,ya ampun berkali-kali ke laut dalam. Tapi Gyna tak pernah putus asa. Tetap gigih mencuba. Setiap kali kegagalan yang berlaku, Gyna akan catit kesilapan itu supaya tidak berulang. Benda yang paling penting dalam menghasilkan Pavlova yang sempurna salah satunya adalah oven thermometer. Thermometer ini akan membantu kita untuk mendapatkan suhu yang tepat. Kalau korang nak buat Pavlova, boleh beli thermometer ni dari Shopee. Tak mahal pun harganya. Berbelas ringgit sahaja. Selain itu, pastikan putih telur tiada bendasing di dalamnya termasuklah kuning telur atau titisan air. Paling pantang ☝🏻. Pavlova yang cantik dimata Gyna adalah Pavlova yang ada crack. Tapi ada org suka yang sempurna tanpa crack. Raikan saja pendapat masing-masing.
Pavlova boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan bertahan selama 4 hari. Tidak sesuai di simpan di dalam peti sejuk.
Nampak resipi macam mudah, tapi nak menghasilkan pavlova yang tiptop, bukan senang. Hopefully resipi dan cara Gyna ini dapat membantu korang buat pavlova yang sexy mexy. Kalau dah cuba, jangan lupa Cooksnap tau. Bagilah semangat sikit pada Gyna. Nanti Gyna upah resipi lain. Gitulah kekdahnya
Pavlova by Gyna
Dulu, setiap kali Gyna buat Pavlova tak pernah menjadi. Kejadian yang terhasil selalu menjadi lembik macam sponge basuh pinggan. Benci sungguh kalau teringat. Terasa macam nak putus saudara. Bukan sekali gagal,ya ampun berkali-kali ke laut dalam. Tapi Gyna tak pernah putus asa. Tetap gigih mencuba. Setiap kali kegagalan yang berlaku, Gyna akan catit kesilapan itu supaya tidak berulang. Benda yang paling penting dalam menghasilkan Pavlova yang sempurna salah satunya adalah oven thermometer. Thermometer ini akan membantu kita untuk mendapatkan suhu yang tepat. Kalau korang nak buat Pavlova, boleh beli thermometer ni dari Shopee. Tak mahal pun harganya. Berbelas ringgit sahaja. Selain itu, pastikan putih telur tiada bendasing di dalamnya termasuklah kuning telur atau titisan air. Paling pantang ☝🏻. Pavlova yang cantik dimata Gyna adalah Pavlova yang ada crack. Tapi ada org suka yang sempurna tanpa crack. Raikan saja pendapat masing-masing.
Pavlova boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan bertahan selama 4 hari. Tidak sesuai di simpan di dalam peti sejuk.
Nampak resipi macam mudah, tapi nak menghasilkan pavlova yang tiptop, bukan senang. Hopefully resipi dan cara Gyna ini dapat membantu korang buat pavlova yang sexy mexy. Kalau dah cuba, jangan lupa Cooksnap tau. Bagilah semangat sikit pada Gyna. Nanti Gyna upah resipi lain. Gitulah kekdahnya
Cara Memasak
- 1
Sementara siapkan adunan pavlova, panaskan oven dengan suhu 130’c.
Pastikan barang-barang yang digunakan bersih, kering dan disapu cuka terlebih dahulu. Terutama dalam mangkuk adunan dan alat pemukul.
- 2
Dalam mangkuk adunan, pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan gula secara berperingkat (sedikit demi sedikit). Teruskan memukul sehingga gula larut, adunan berkilat dan kukuh. Proses ini mengambil masa lebih kurang 10 minit.
- 3
Masukkan cuka bersama esen vanila. Pukul sebati. Kemudian, ayak tepung jagung ke dalam mangkuk adunan. Kaup balik perlahan-lahan dengan menggunakan spatula.
- 4
Bentukkan adunan ke atas loyang yang dialas baking paper. (Parchment paper non stick)
Bakar dengan suhu 100’c selama 1 jam 30 minit. Setelah selesai tempoh membakar, matikan suis oven. Biarkan Pavlova sejuk di dalam oven. Gyna Biarkan selama 4 jam. - 5
Untuk membuat Mascarpone Cream. Pastikan mascarpone dan UHT whipping cream dalam keadaan sejuk.
Dalam satu mangkuk, satukan UHT whipping cream, mascarpone dan gula icing. Pukul sebati. Tidak perlu pukul terlalu lama untuk mengelakkan UHT whipping cream rosak. Perahkan jus lemon. Sebatikan. - 6
Ketuk permukaan pavlova berbentuk bulat. Pipe Mascarpone Cream di atasnya. Susun buah-buahan. Sedia dihidang!!
- 7
Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Pavlova Pavlova
#cppassportRamai yang suka ni kan.. bila dapat makan nikmatnya.. ada pula buah-buahan segar sebagai hiasan memang gandingan yang mantap sangat sebab manis tu dah jadi balance bila dimakan😋😋Kalau you alls nak tau Pavlova merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari New Zealand dan nama Pavlova itu digunakan sempena nama seseorang iaitu Balerina Anna Pavlova.. untungnya la tuan punya nama ni kan.. kalau nama i is syioknya hahaha😆Pavlova mula mendapat tempat di hati para penggemar pemanis mulut di Malaysia sekitar beberapa tahun lepas .. cuma saya ni.. baru-baru ni aje berkesempatan nak buat.. suka sangat .. jom buat.. Julia ALeen Aireish -
Pavlova Air Fryer Pavlova Air Fryer
#matchmakermonth #Pavlova #1339recipe Dah lama teringin nak makan Pavlova tapi nak buat je rasa malas. Jdi sebabkan ada cabaran Air Fryer jadi Aznie buat pavlova masak guna air fryer. Lagi pun oven masih problem lagi. Alhamdulillah Aznie suka sangat denga kejadiaannya. Sedap sangat-sangat. Masak lebih mudah dengan adanya air fryer, makan sejuk-sejuk tak pandang belakang dah. Aznie Khasri -
Pavlova Cake Anti-Gagal Pavlova Cake Anti-Gagal
MinSha sejenis yang tak berapa minat kek span yang heavy & kering. Lagi minat kek crunchy di luar tapi fluffy di dalam gini. Light light gitu. Letak pulak buah fresh di atas. Sedap makan sejuk-sejuk.Senang nak buat, senang nak basuh jugak. Shake-shake dalam air, senang gila kotoran hilang. Kek ni sedang je saiz dia. Sesuai untuk keluarga kecil.Kalau nak makan berdua atau sorang puuun boleh. Nanti half kan je resepi k.Jom buat kak @sirap_cheese! Fav ni! 🤤Tips untuk jimat topping buah: Beli buah campuran dah siap potong. Dekat MBG & AEON selalu jual dalam cup RM5 satu. MinSha -
Sunquick Orange Cream Pavlova Sunquick Orange Cream Pavlova
Crunchy di luar, lembut di dalam & ada manis, ada masamnya ❤️🧡💛 Sebenarnya tak pasti nak join ni untuk cabaran oren atau next cabaran, kongsi rezeki..😅Tips:1. (LANGKAH 6): Selepas dipipekan pavlova terus lah bakar dalam oven yang siap dipanaskan. Jika dibiarkan lama2 tanpa bakar, gulanya akan mencair di bahagian bawahnya.2. (LANGKAH 7): Boleh bakar menggunakan 2 layer rak sekaligus dalam oven jika banyak. Kemudian tukar kedudukan selepas 1 jam dan tambah masa membakar.3. (LANGKAH 8): Pavlova yang telah sejuk dan belum dihias boleh disimpan dalam bekas kedap udara jika hendak digunakan dan dihiaskan pada hari lain, baik dalam masa 3 hari. Uchu selalu buat macam ni dan mendapati pavlova lebih rangup.4. (LANGKAH 9): Jika buat dalam kuantiti yang banyak, putar whipped cream dan cream cheese secara berasingan sehingga gebu barulah dicampurkan bersama. Walaubagaimanapun, cream cheese adalah optional. Sesimple Loralin -
Burnt Cheese Cake (Bite Size) Burnt Cheese Cake (Bite Size)
43/2025 (2030/2500)Syawal 2025 Challenge: Warna Warni AidilfitriAlhamdulillah..Pencuci mulut yang mudah-mudah je sempat disediakan untuk jamuan raya tempoh hari. Oven cuma ada satu, tengah bakar makaroni rendang daging la pulak. Jadi burnt cheesecake ni, Uchu bakar dalam air fryer.Hari kejadian dah sibuk dengan tetamu, so snap gambar hasil ni ikut sempat je, asal ada. Sesimple Loralin -
Pavlova Cupcake Pavlova Cupcake
Perbalahan masih berterusan antara Masak asam dan juga cupcake antara Jekfer dan juga Lailerrr. Lailerr sedih sangat sebab rasa nak makan cupcake. Jenuh pujuk Jekfer tapi biasa la lelaki ego kuar sangat pun. Jenuh pikir ayat apa nak bagi kat Jekfer , kemudian baru teringat dia belum bagi tau lagi satu berita kejutan buat Jekfer . Lalu dihulurnya test kit kat Jekfer, time tu Jekfer tengah tengok tv. Melompat Jekfer bila tengok. Dengan muka gelisah Jekfer berkata. "Baby U kena covid ke, ya allah macam mana ni. U demam, sakit tekak."Dengan muka blur Lailer tengok Jekfer."tengok la betul-betul, ada tulis covid ke, benci la macam ni. Ingat U suka ."Sambil buat muka merajuk."ehhh, tak ada tulis covid, ni test apa pulak." dengan muka kehairananAdik Lailer datang menyampuk dari belakang."Omg.. Omg... nak dapat anak sedara la." Sambil lari keluar tel mummy dan daddy."Serius ke ni , " Muka Jakfer kelihatan gembira sangat. "Ok kita buat cupcake ok. Baby nak cupcake ye . Kesian lapar " katanya"sementara tu kita beli pavlova cupcake dulu dari Mak cik timah. Nanti masakkan cupcake special untuk U.Lailerrr happy sangat-sangat bila Jakfer beli pavlova cupcake untuk dia. Bukan main happy lagi . Sedap sangat makan sambil mata terkebil-kebil😂 Aznie Khasri -
Mini Pavlova ~ babylova❤️ Mini Pavlova ~ babylova❤️
Saiz comel, sekali masuk mulut pun boleh..tambahan pulak yang tolong letakkan blueberry pun si comel anak Uchu..yang selalu ada time Uchu masak atau baking apa pun..😆 (bayangkan camner mak masak, buat kuih dengan budak tenet ni..menyempit kat ummi dia..ummi nak angkat ketiak pun tak lepas!😆)Idea babylova ni dapat dari @sasha_sabrina . Memang comel macam MinSha jugak..😁Oh ye, disebabkan pavlova gunakan putih telur sahaja, maka kuningnya Uchu buat kaya jam. Sedap!TM6 Thermomix 6 Sesimple Loralin -
-
🇫🇷 Chocolate Mille Crepe Cake - France 🇫🇷 Chocolate Mille Crepe Cake - France
Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Perancis, ia adalah sejenis dessert yang dikatakan mula di kenali di Kota Perancis.Kini ianya juga telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sentiasa ingin rasakan kelainan dan mereka yang cintakan kek.Ia dibuat menggunakan pancake nipis yang disusun selapis demi selapis dan di antara lapisan-lapisan itu dilepa dengan krim putar dan diletakkan filling tertentu, seperti vanilla, coklat, strawberry, custard dan lain-lain lagi.Ada banyak jenis mille crepe tapi kali ni akak nak share Chocolate Mille Crepe. Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)