Mini Pavlova ~ babylova❤️

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Saiz comel, sekali masuk mulut pun boleh..tambahan pulak yang tolong letakkan blueberry pun si comel anak Uchu..yang selalu ada time Uchu masak atau baking apa pun..😆 (bayangkan camner mak masak, buat kuih dengan budak tenet ni..menyempit kat ummi dia..ummi nak angkat ketiak pun tak lepas!😆)

Idea babylova ni dapat dari @sasha_sabrina . Memang comel macam MinSha jugak..😁

Oh ye, disebabkan pavlova gunakan putih telur sahaja, maka kuningnya Uchu buat kaya jam. Sedap!

TM6 Thermomix 6

Mini Pavlova ~ babylova❤️

Saiz comel, sekali masuk mulut pun boleh..tambahan pulak yang tolong letakkan blueberry pun si comel anak Uchu..yang selalu ada time Uchu masak atau baking apa pun..😆 (bayangkan camner mak masak, buat kuih dengan budak tenet ni..menyempit kat ummi dia..ummi nak angkat ketiak pun tak lepas!😆)

Idea babylova ni dapat dari @sasha_sabrina . Memang comel macam MinSha jugak..😁

Oh ye, disebabkan pavlova gunakan putih telur sahaja, maka kuningnya Uchu buat kaya jam. Sedap!

TM6 Thermomix 6

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

50-60 biji mini pavlova
  1. 4 bijitelur (ambil putih telur sahaja, total berat 120-180g) - suhu bilik
  2. 230 ggula aising (lihat tips *)
  3. 1 sudu tehcuka/perahan lemon
  4. 1 sudu tehesen vanila
  5. 1 sudu besartepung jagung
  6. Cream
  7. 200 gwhipping cream/fresh cream
  8. Topping
  9. Buah-buahan pilihan
  10. Tips (*) untuk sukatan gula supaya meringue tak jatuh waktu bakar/ dapat pavlova permukaan crunchy dalam soft; setiap 30-35 g putih telur digunakan, anggaran 50 g gula aising diperlukan

Cara Memasak

  1. 1

    Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering dan bersih.

  2. 2

    Sediakan/timbang putih telur. Uchu guna 130g putih telur,230g gula aising.

    Tips buat anggaran berat putih telur:

  3. 3

    Pukul putih telur pada kelajuan tinggi. (Mixer,speed 5-6)

    Selepas telur berbuih halus (anggaran selepas 1 minit memukul), masukkan gula aising satu sudu demi satu sudu sambil teruskan memukul sehingga

    mendapat meringue kental & nampak bertanduk melengkung sedikit (soft peak) iaitu anggaran selepas 8-9 minit selepas masukkan gula.

    TM6:
    Letakkan butterfly whisk, tutup tanpa MC
    Mix: 5 minit/37c/speed 3.5 (belum soft peak, soft peak pada langkah 4)

  4. 4

    Tambahkan cuka, esen vanila, pewarna pink dan tepung jagung satu persatu. Pukul sekata anggaran 40 saat lagi atau kaup balik sederhana menggunakan spatula

    TM6:
    Tambah cuka,esen,pewarna,tepung jagung
    Tambahkan masa, turunkan kelajuan.
    Mix: 5 minit/37c/sp.3

  5. 5
  6. 6

    TM6:
    Jika belum dapat ‘soft peak’ boleh tambah masa 1-4 minit lagi/37c/sp.3

    Tips TM6:
    Petanda dah soft peak, nampak meringue kental dan mula membentuk pusaran yang kukuh tapi lembut seperti gambar di bawah,boleh check tanduk dengan spatula.

  7. 7

    Pindahkan meringue ke dalam piping dengan nozzle sesuai.

  8. 8

    Paipkan meringue angaran saiz 5-6 cm, tinggi 4-5 cm. Bentukkan lingkaran dengan lubang di bahagian tengahnya.

    Biar ada jarak antara setiap satu pavlova supaya dapat dibakar dengan sekata.

  9. 9

    Panaskan oven pada suhu 150c.
    Bakar pada suhu 150c untuk 5 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 120c,bakar selama 1 jam (+ 15 - 20 minit).

    Biarkan pavlova menyejuk dalam oven sekurang-kurangnya 1 jam dengan pintu oven direnggang sedikit sahaja/Uchu tinggalkan sehingga betul2 sejuk (4-6jam)

    -boleh bakar menggunakan 2 layer rak, susun satu paling bawah, satu rak berjaring di tengah.

  10. 10

    Cream: Pukul whipping cream/fresh cream sehingga kental, bertanduk melengkung (soft peak).

    Jangan overbeat terutamanya jika menggunakan whipping cream. (uchu gunakan fresh cream je, whipping cream lebih sedap sebenarnya)

    Gambar ke-3, hampir ‘stiff peak’, tapi masih dalam keadaan soft peak, masih ok juga. Stiff peak tu, tanduk dia tercacak lurus, meringue lebih kental dan berat sikit.

  11. 11

    Pindahkan cream ke dalam piping bag. Paipkan ke atas pavlova yang telah sejuk sepenuhnya.

  12. 12

    Hiaskan dengan potongan buah pilihan.

  13. 13

    Kuning telur leftover nak buat ape? Jom buat Kaya Jam seperti resepi ini.

  14. 14

    ➡️Tips: pavlova yang betul-betul kering, dibakar elok, boleh disediakan lebih awal 1-3 hari sebelum nak deko. Simpan dalam bekas kedap udara.

  15. 15

    Pavlova guna hand mixer:Pavlova sunquick

  16. 16

    Pavlova

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (3)

Resipi Sepertinya