Salted egg spaghetti

perryna
perryna @Perryna
kuching, sarawak

Okay sebenarnya kisah dia cemni. Resepi ini di ubah oleh saya sendiri sebab kalau pakai pure ingredient rasanya agak membazir kan? so saya gubah sikit2, contoh macam susu cair, saya guna 1/2 tin je, salted egg pon pakai 1/2 paket. Tu pon dah pekat bebeno rasa die.

Salted egg spaghetti

3 orang bercadang membuatnya

Okay sebenarnya kisah dia cemni. Resepi ini di ubah oleh saya sendiri sebab kalau pakai pure ingredient rasanya agak membazir kan? so saya gubah sikit2, contoh macam susu cair, saya guna 1/2 tin je, salted egg pon pakai 1/2 paket. Tu pon dah pekat bebeno rasa die.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
2-3 orang
  1. Bahan A (Salted Egg pasta)
  2. 1 sudubawang putih (blend)
  3. 4-5 sudumentega
  4. 2 batangsosej
  5. 1 sudutepung gandum
  6. 1 bijicili thai (kalau nak pedas boleh tambah banyak)
  7. 1/2 tinsusu cair
  8. 1 cawanair suam
  9. 1 kiubpati ayam
  10. lada hitam
  11. herbs (kalau saya, saya guna oregano)
  12. perasa (garam,gula,bicin)
  13. 2 sudutepung cili dibancuh dgn air sehingga jd paste (untuk pewarna)
  14. Bahagian B
  15. Angel Hair pasta
  16. garam
  17. minyak zaitun
  18. Bahagian C
  19. 10 kepingayam (potong dadu)
  20. breadcrumbs (untuk salutan)
  21. 1 bijitelur

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Untuk bahagian A, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Kemudian masukkan bawang putih dan cili sehingga angkat bau dan nampak kekuningan.

  2. 2

    Selepas itu, masukkan tepung dan gaul sehingga tepung nampak agak kekuningan, then terus masukkan air suam secara perlahan2. okay untuk part ni, jangan hairan kalau tepung tu nampak berketul ye, just kacau je sampai ketulan tadi pecah. pastu baru kita masukkan sosej

  3. 3

    Kalau ketulan tepung tadi dah pecah, baru kita masukkan susu cair ke dalam frying pan tu. saya suggest utk guna air suam dulu. sebab kalau guna susu dulu, tumisan tu mudah kering dengan cepat.

  4. 4

    Kemudian, masukkan kiub pati ayam dan kacau sehingga sebati. Pastu korang masukkan lah paste salted egg dan kacau rata. untuk paste salted egg ni, amat disarankan untuk korang sentiasa menambah air sedikit demi sedikit. sebab paste ni menyebabkan gravy cepat kering.

  5. 5

    Lepas tambahkan paste tadi baru kita mula meng'adjust' perasa gravy ni. untuk perasa ni, saya letak lada hitam, gula garam, aji, chicken stock dan herbs. Then baru kita tambahkan tepung cili sedikit demi sedikit ke dalam gravy tersebut.

  6. 6

    Untuk penyediaan bahan B, saya hanya merebus pasta dengan amaun yang cukup untuk gravy

  7. 7

    Bahagian C ni adalah sebagai tambahan sahaja. seperti biasa, kita akan letakkan isi ayam ke dalam telur yang sudah di kacau, kemudian kita saluti dengan breadcrumb. Kemudian goreng ❤️

  8. 8

    Untuk penyediaan, masukkan spaghetti yang dah d rebus & tos, ke dalam pinggan. kemudian baru masukkan gravy. Letakkan beberapa ayam goreng tadi di atasnya ❤️ alhamdulillah, sang somi cakap sedapp !

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
perryna
perryna @Perryna
pada
kuching, sarawak
saya mengongsikan resepi kepada anda yang baru melibatkan diri dalam bidang masakan, sama seperti saya. iaitu dengan cara yang mudah dan simple 😉
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya