👩‍🍳Sambal Sardin Campak campak

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Main Campak Campak🍲

Masak Sambal Sardin pun boleh main campak campak.
Bahan asas sambal seperti masak sambal lain juga. Cuma sy suka goreng sardin sekejap sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Ini part yg paling tak suka kerana minyak meletup2 dan kuali mesti ditutup semasa menggoreng supaya dapur tak kotor.

Apabila sambal dah masak, campak je sardin yang digoreng tadi dan juga sayuran yang digemari.

#MainCampakcampak
#Julychallenge

2149/3K
293/2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 1 tinbesar sardin- ambil ikan sardin dan sedikit sos
  2. 1 sudu besarcili boh
  3. 1 sudu besarbawang merah kisar
  4. 1 sudu tehbawang putih kisar
  5. 1" halia - hiris nipis
  6. Secukup rasagaram halus
  7. Cukup rasa
  8. Minyak masak untuk menumis
  9. 1 labubawang holland-dadu hiris nipis
  10. 1cili hijau/merah/ cili padi - potong serong
  11. Limau kasturi- perah jus

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    Keluarkan ikan sardin dalam tin. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga sedikit garing (jika suka). Angkat dan tos minyak. Ketepikan.

  2. 2

    Panaskan minyak. Tumis bawang merah bawang putih, cili pes dan halia hingga wangi.

    Tambah sedikit air jika perlu. Terus tumis dan tambah sedikit sos sardin.

    Perasakan dengan sedikit gula garam dan cukup rasa.Gaul rata.

    Letak sardin yang digoreng tadi, Gaul rata dengan sambal.

  3. 3

    Masukkan bawang holland dan hirisan cili. Gaul sekali. Perah jus limau kasturi. Gaul sekali. Siap.

    Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya