Kubis Tumis Tauchu

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 40: Tanpa Air, Tanpa Letrik

CHALLENGE 40: TANPA AIR, TANPA LETRIK

Apabila musim tengkujuh memang tak boleh nak ke mana-mana, pergerakan terbatas. Zaman PKP dulu pun pergerakan terbatas juga tetapi takde lah sampai takde bekalan air paip dan letrik. Masih boleh santai-santai menonton tv dan sebagai nya hingga kan tercipta nya menu-menu viral dek kerana dah tak tahu nak buat apa kat rumah. 😅 Musim hujan ni, kalau kawasan yang teruk sangat memang tak boleh nak lena tidur. Risau air akan naik tinggi lagi. Lain pula risaukan bahaya lain seperti haiwan berbisa lagi-lagi di waktu malam yang gelap kerana takde letrik, hanya berbekalkan lilin, pelita dan lampu suluh. Bekalan air paip juga tiada. Kalau di siang hari takde lah serisau seperti di malam hari sebab ada cahaya matahari yang menyuluh bumi. Cuma risau perut asyik lapar jer 😆, masak pun terpaksa lah masak seada nya, guna bahan stock yang ada di dapur. Antara sayur yang boleh bertahan lama di simpan ialah kubis. Sedap makan panas-panas.

#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :
Ayam (1) + chilli flakes (1) + kicap (1) + kubis (1) + taucu (2) + telur (1)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/4bahagian kubis✅ (dipotong)
  2. 1/2 cawanisi ayam✅ (dicincang)
  3. 1 bijitelur✅
  4. 1 sudu besartauchu✅ (dihancurkan)
  5. 2 sudu besarkicap✅manis
  6. Secukup Rasasesuai selera
  7. Chili flakes✅ sesuai selera
  8. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  9. 1 bijibawang merah kecil (dihiris)
  10. Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau.

  2. 2

    Masukkan juga telur dan kacau. Masukkan tauchu dan gaul rata.

  3. 3

    Masukkan kubis, kicap manis dan secukup Rasa.

  4. 4

    Masukkan chili flakes. Kacau dan adjust rasa mengikut sesuai selera. Tutupkan api dan boleh dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya