Terung & Daging Masak Kicap Blackpepper

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

Challenge 45 : Terung #GlobalApron2024 #PlayOff

Resipi ke-2 Yani untuk cabaran ini menggunakan bahan = Terung & daging.

Menu ni makan bersama nasi putih yang panas memang kena sangat!

Terung & Daging Masak Kicap Blackpepper

Challenge 45 : Terung #GlobalApron2024 #PlayOff

Resipi ke-2 Yani untuk cabaran ini menggunakan bahan = Terung & daging.

Menu ni makan bersama nasi putih yang panas memang kena sangat!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmdaging (dihiris nipis)
  2. 1 bijiterung panjang (dipotong kecil)
  3. 1 bijicapsicum hijau (dipotong kecil)
  4. 5 ulasbawang putih (dihiris)
  5. 1 bijibawang besar (dihiris)
  6. 2 incihalia (dihiris memanjang)
  7. 6 sudu besarsos blackpepper
  8. 6 sudu besarkicap lemak manis
  9. 1 sudu kecilgaram
  10. 1 cawanair
  11. 4 sudu makanminyak masak (untuk menumis)

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan- bahan disediakan.

  2. 2

    Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Gorengkan bawang putih dan halia dahulu. Kemudian masukkan sos blackpepper. Kacau rata seketika. Seterusnya masukkan daging dan capsicum hijau. Kacau rata.

  3. 3

    Masukkan air 1/2 cawan dahulu. Kacau rata dan masukkan terung. Biar didih seketika kuahnya baru masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masukkan garam.

  4. 4

    Kemudian masukkan kicap lemak manis. Gaul rata dan tambah 1/2 gelas air lagi. Kacau sesekali dan biar ia didih. Yani biarkan kuah pekat semula kerana nak daging betul-betul dah masak dan empuk.

  5. 5

    Siap dimasak dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya