Chicken Floss Sourdough Bread

irar
irar @irar_bungaLily
Kuala Lumpur

Roti sourdough untuk minum petang hari ini

Chicken Floss Sourdough Bread

Roti sourdough untuk minum petang hari ini

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 loaf
  1. 350 gtepung roti
  2. 270 mlair
  3. 1 sudu kecilgaram
  4. 80 gsourdough starter
  5. Filling : secukupnya Chicken Floss

Cara Memasak

  1. 1

    Autolyse 1 jam 👉sementara tunggu sourdough starter, kita gaul tepung, air dan garam sehingga benar-benar sebati. Ketepikan

  2. 2

    Mixing👉bila sourdough starter sudah sedia untuk digunakan, masukkan sourdough starter ke dalam autolyse doh. Satukan sehingga benar-benar sebati. Saya menggunakan rubaud method untuk sebatikan doh dengan sourdough starter. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit.

  3. 3

    S&F+CF👉selepas 30 minit, lakukan stretch&fold sebanyak 3 kali di setiap 30 minit dan 4 kali coil fold setiap 20 minit. Kemudian rehatkan doh untuk 1st proofing (dalam 4-5 jam).

  4. 4

    Shaping👉bila doh sudah double, pindah doh ke atas baking mat. Tarik perlahan doh membentuk segi4. Letak chicken floss secukupnya, gulung dan bentukkan doh. Masukkan doh ke dalam loaf pan yang di alas dengan tea towel yang diletakkan dengan secukupnya tepung beras supaya doh tidak melekat pada tea towel. Masukkan doh ke dalam plastik bag, tutup dan masukkan dalam petiais semalaman untuk final proofing.

  5. 5

    Baking👉panaskan oven bersama Dutch oven dan penutupnya di dalam oven pada suhu 250c selama 50minit. Keluarkan doh dari petiais. Dengan perlahan terbalikkan doh ke atas parchment paper. Toreh doh. Keluarkan Dutch oven dari oven dan masukkan doh ke dalamnya. Spray doh, tutup Dutch oven dan masukkan semula ke dalam oven.

  6. 6

    Bakar doh selama 25 minit bertutup kemudian buka penutup, turunkan suhu ke 220c dan sambung bakar tanpa penutup selama 15-20 minit. Bila roti sudah masak, keluarkan dan sejukkan diatas cooling rack sebelum dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
irar
irar @irar_bungaLily
pada
Kuala Lumpur
When Baking, Follow Directions, When Cooking, Go By Your Own Taste - Laiko Bahrs
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya