Kek Marble Coklat

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

228/2025 (2214/2500)

Alhamdulillah..kali ni punya jamuan BBQ untuk family gathering, semua menu simple2 sahaja. Uchu bake dua biji kek mentega marble untuk jamuan esoknya. Alhamdulillah, keknya gebu dan lembut..kali ni Uchu campurkan ovalette sebab Uchu bancuh kek ni dua adunan sekaligus dan dalam keadaan tergesa-gesa juga. Ovalette ni selain sebagai penstabil, juga untuk telur, gula, butter/minyak semua tercampur elok bersama cecair seperti susu yang digunakan sebab sifat emulsifier ovalette tu.

Uchu sebenarnya tergesa2 bancuh kek ni sebelum maghrib sebab nak gi melawat anak buah accident. Masa cedok adunan ni dalam loyang pun, gedebuk-gedebuk je dengan senduk besar je. Lepas solat terus pergi ziarah. Uchu ajar maid cara nak tentukan kek masak, cara nak tambah masa oven. Cara nak set bakar kek yang sebiji lagi pulak. Uchu tulis satu persatu pada kertas supaya dia boleh rujuk. Tawakkal je lah. Sebab maid Uchu ni agak hmmm sikit dari segi teknikal. Balik ziarah anak buah, terkam nengok kek dulu. Maidnya dah tido. Alhamdulillah..kek elok. Cuma Uchu bakar sekejap lagi sekali sebab atasnya tak berapa kuning.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit (prep + bakar)
1 biji kek x loyang 7 inci
  1. Diayak bersama/whisk sebati
  2. 250 gtepung gandum
  3. 1 sudu tehbaking soda
  4. Dipukul sehingga gebu
  5. 250 gbutter (salted)
  6. 180 ggula castor
  7. 1 sudu besarovalette
  8. Dicampur bersama
  9. 4 bijitelur gref A
  10. 3/4 cawansusu full cream
  11. 1 sudu tehesen vanila
  12. Bahagian berwarna
  13. 2 sudu besarserbuk koko

Cara Memasak

1 jam 30 minit (prep + bakar)
  1. 1

    (Gambar langkah-langkah berdasarkan sukatan yang telah digandakan). Panaskan oven pada suhu 170c. Ayak tepung bersama baking soda. Ketepikan.

  2. 2

    Campurkan telur dalam satu mangkuk. Kocok sehingga putih dan kuning telur bercampur. Masukkan susu dan kacau sekata bersama telur.

  3. 3

    Campurkan butter bersama gula. Pukul sehingga sebati. Masukkan ovalette. Pukul lagi sehingga sebati dan gebu dan terasa lebih ringan.

  4. 4

    Masukkan bancuhan telur bersama susu. Pukul sehingga sebati.

  5. 5

    Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking soda tadi sedikit demi sedikit sambil memukul. Pukul sehingga tepung bercampur sahaja. Kemudian kaup sebati menggunakan spatula.

  6. 6

    Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 mangkuk berasingan. Satu mangkuk dicampurkan dengan serbuk koko. Kacau sebati menggunakan spatula.

  7. 7

    Cedok adunan putih ke dalam loyang yang dilapik baking paper dibawahnya. Cedok pula adunan coklat ke atas lapisan putih. Ulang sehingga habis. Lorek bahagian permukaan adunan kek. Hentak loyang beberapa kali untuk pecah gelembung udara yang terperangkap dalam adunan. (Untuk layer yang berbelang cantik, sendukkan adunan gunakan senduk kecil sahaja)

  8. 8

    Masukkan adunan kek dalam loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170c. Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak (bahagian tengah tak lekat pada lidi)

  9. 9

    Sejukkan kek dan seeloknya semalaman supaya rasa kek lebih sedap. (Uchu potong dalam bekas sebab tak gunakan baking paper, risau melekat. So potong dalam loyang, senang nak scrape bawah dia untuk dikeluarkan)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Resipi Sepertinya