Butter Marble Cake

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#cake
Ok. Siap untuk bawak balik kampung sempena Aidil Adha..alhamdulillah. Sukatan resepi daripada kak aznie @Sirap_Cheese memang ngam2 tak manis sangat, cuma langkah-langkah dan suhu membakar kek diubah suai mengikut kesesuaian dan cara Uchu..

Butter Marble Cake

#cake
Ok. Siap untuk bawak balik kampung sempena Aidil Adha..alhamdulillah. Sukatan resepi daripada kak aznie @Sirap_Cheese memang ngam2 tak manis sangat, cuma langkah-langkah dan suhu membakar kek diubah suai mengikut kesesuaian dan cara Uchu..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit (penyediaan) + 60 minit (bakar)
Loyang 7 inci
  1. Dipukul sehingga pucat dan gebu
  2. 250 gButter
  3. 180 gram (1 cawan)gula kastor
  4. Diayak bersama
  5. 250 g(1 + 3/4 cawan) tepung gandum
  6. 1 sudu besarbaking powder
  7. Dicampur
  8. 4 bijitelur gred A (jumlah 190-200 g)
  9. 1/2 cawansusu segar
  10. Bahagian adunan berwarna
  11. 2 sudu besarserbuk koko

Cara Memasak

20 minit (penyediaan) + 60 minit (bakar)
  1. 1

    Panaskan oven dalam 20 minit pada suhu 160c.

  2. 2

    Ayak tepung bersama soda penaik. Ketepikan.

    Tm6: (jika ada second bowl)
    Turbo: 2 saat, repeat

  3. 3

    Pukul perlahan telur bersama esen vanila sehingga sebati dan bercampur kuning dan putihnya. Kemudian campurkan dengan susu. Kacau sebati. Ketepikan.

  4. 4

    Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (dari speed rendah ke tinggi)

    Tm6:
    Butterfly whisk, blend: 2 minit/ speed 3.5.

  5. 5

    Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun. Pukul adunan sambil masukkan bancuhan telur bersama susu tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.

    Tm6:
    Tambah masa kepada 40 saat, speed 3.5,

  6. 6

    Scrape tepung yang melekat pada dasar dan dinding mangkuk pengadun dengan spatula. Kemudian pukul sekejap lagi sehingga sebati sahaja. Kelajuan 2 sahaja.

    Tm6:
    Tambah masa kepada 20 saat, speed 2

  7. 7

    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian ditambah serbuk koko dan dikacau rata. Satu bahagian lagi dengan warna asal.

  8. 8

    Sediakan loyang saiz 7-8" yang telah dilapik baking paper terlebih dahulu.

    Tuangkan adunan berwarna asal berselang seli dengan adunan coklat sehingga habis. Gunakan senduk kecil untuk hasil marble yang berbelang rapat-rapat.

    Hentakkan loyang beberapa kali untuk memecahkan gelembung udara terperangkap di dalam adunan.

  9. 9

    Turunkan suhu oven kepada 150C, bakar kek selama 50-60 minit atau sehingga masak atau tak lekat pada lidi. (Uchu 60 minit)

  10. 10

    Keluarkan dari oven. Terbalikkan dan sejukkan atas redai.

    Terbalikkan semula. Sedia dipotong. Rasa dan tekstur jadi lebih baik selepas semalaman. (Tip memotong, lihat potongan arah mana yang hasilkan corak marble yang lebih cantik)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Cantik belang dia uchu, sedap ni makan sambil minum teh o panas

Resipi Sepertinya