Pulut Ayam Thai

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#143/773/2025
#773/1000
#CookpadApron2025
#CA2025
#94
#Week22
:
Menyesal pula masak 1/2 ekor ayam,pulut pun sikit je tanaknya.Sedap sangatlah lahai,tak cukup nak menambah.Apa-apa pun alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

:
Magic Cart:
8) Beras Pulut *
Ayam *

Pulut Ayam Thai

#143/773/2025
#773/1000
#CookpadApron2025
#CA2025
#94
#Week22
:
Menyesal pula masak 1/2 ekor ayam,pulut pun sikit je tanaknya.Sedap sangatlah lahai,tak cukup nak menambah.Apa-apa pun alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

:
Magic Cart:
8) Beras Pulut *
Ayam *

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 - 4 orang
  1. Bahan A:
  2. 1 1/2 cawanBeras Pulut *
  3. 1 1/2 cawanAir Tapis
  4. SecubitGaram Himalaya
  5. 1 helaiDaun Pandan (disimpul)
  6. Bahan B:
  7. 1/2 ekorAyam * (dua potongan)
  8. Bahan C:
  9. 1 camcabesar Ketumbar
  10. 1 camcabesar Jintan Putih
  11. Bahan Lain:
  12. 1 camcabesar Sos Ikan
  13. 1 camcasedang Gula Perang
  14. 1 camcateh Lada Hitam Tumbuk
  15. 5 ulasBawang Putih
  16. 2 bijiBawang Merah
  17. 4 camcabesar Tepung Goreng Serbaguna
  18. SecukupnyaMinyak Masak

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan-bahannya.

  2. 2
  3. 3

    Siapkan bahan A - cuci bersih beras pulut *,rendam dalam 20 minit.

  4. 4

    Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar dan jintan putih hingga garing.

  5. 5

    Tumbuk ketumbar dan jintan putih bersama bawang putih,halia dan bawang merah.

  6. 6

    Kelar ayam,gaul dengan bahan tumbuk (ketumbar,jintan putih,bawang putih,halia dan bawang merah),sos ikan,gula perang dan lada hitam tumbuk hingga rata.Perap seeloknya semalaman tapi sebab nak cepat k.ha perap 1 jam sahaja.

  7. 7

    Ambil beras pulut yang telah direndam,buang air rendamannya,bilas dan toskan.

  8. 8

    Masukkan beras pulut * bersama air tapis,garam himalaya dan daun pandan ke dalam rice cooker.Masak seperti nasi biasa (gemburkan nasi ketika 3/4 kering supaya masak sama rata).

  9. 9

    Sementara itu,tabur tepung goreng serbaguna ke atas ayam yang telah diperap,gaul rata.

  10. 10

    Panaskan secukupnya minyak masak (goreng tenggelam).Goreng ayam hingga garing / masak (api sedang).Tutup api.Angkat dan toskan.

  11. 11

    Letak ayam goreng dalam pinggang hidang.Tabur di atasnya dengan secukupnya bawang goreng.Hidangkan bersama pulut dan sos cili thai.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya