Ayam Bakar "Juicy" - Simple and Easy

Zairina
Zairina @cook_15661519

Ayam bakar yang mudah dimasak menggunakan kuali non-stick sahaja. Ramuan yang simple saja tapi rasa ayamnya yang 'juicy' dan penuh 'flavour' membuatkan anda inginkannya lagi dan lagi dan lagi👍🏻🤗🤤🤤😋

Ayam Bakar "Juicy" - Simple and Easy

2 orang bercadang membuatnya

Ayam bakar yang mudah dimasak menggunakan kuali non-stick sahaja. Ramuan yang simple saja tapi rasa ayamnya yang 'juicy' dan penuh 'flavour' membuatkan anda inginkannya lagi dan lagi dan lagi👍🏻🤗🤤🤤😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1. Bahagian ayam pilihan dibersihkan dan dikelar sedikit agar cepat masak
  2. (10 ketul drumstick/5 bahagian paha ayam)
  3. 2. 1 sudu besar serbuk kunyit
  4. 3. 1 sudu besar cili kisar
  5. 4. 2 sudu gula melaka
  6. 5. 1 sudu kecil garam
  7. 6. 2 sudu besar sos cili
  8. 7. 1 sudu kecil pes asam jawa (saya guna jenama Adabi)
  9. 8. 1 sudu besar sos tiram
  10. 9. 6 ulas bawang putih (diketuk)
  11. 10. 1/2 sudu kecil serbuk Oregano
  12. 11. 1/2 sudu kecil daun Thyme kering
  13. 12. 6 sudu besar minyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan semua bahan ke dalam bekas berisi ayam. Gaul hingga sebati.

  2. 2

    Perap ayam seelok-eloknya 1 jam atau lebih.

  3. 3

    Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana. Masukkan minyak.

  4. 4

    Masukkan ayam yang sudah diperap ke dalam kuali panas dan tutup kuali agar ayam masak sekata dan tidak kering.

  5. 5

    Lebihan air perapan yang mengandungi bawang putih disimpan.

  6. 6

    Api dibiarkan sederhana sepanjang masakan.

  7. 7

    Balikkan ayam setiap 3 minit sehingga isi ayam masak. Biarkan kuali dalam keadaan bertutup (ini untuk memastikan agar isi ayam kekal 'juicy' dan bahagian luar dibakar sekata).

  8. 8

    Periksa sekali-sekala agar ayam tidak hangus.

  9. 9

    Bila ayam sudah masak, tuangkan lebihan air perapan tadi (bersama-sama bawang putih) dan gaulkan dengan ayam hingga sekata selama 1 minit agar air perapan menjadi pekat.

  10. 10

    Padamkan api dan hidangkan ayam.

  11. 11

    Ayam bakar "juicy" sesuai dihidangkan bersama salad, hirisan timun dan tomato untuk nasi ayam/nasi putih atau sedap dimakan begitu sahaja.
    Boleh juga dibuat ayam bakar untuk majlis bbq.

  12. 12

    Selamat mencuba. 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zairina
Zairina @cook_15661519
pada

Komen

Resipi Sepertinya