Bubur Udang Bayam Hijau dan Susu Kambing Segar

Zuen Zulkifli
Zuen Zulkifli @cook_15194009

Bubur Udang Bayam Hijau dan Susu Kambing Segar

5 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawanberas
  2. 1biji bawang merah
  3. 1/2inci halia
  4. 15ekor udang saiz biasa
  5. 1/2ikat bayam hijau
  6. Air
  7. 1sudu kecil garam halus
  8. 100 mlsusu kambing segar

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk secawan beras, sukatan air adalah separas pergelangan tangan (mudah sukat). Seterusnya masukkan terus bawang yang telah dihiris dan halia kedalam periuk dan hidupkan api.

  2. 2

    Apabila dah mendidih, bermakna beras dah menjadi nasi, terus kan kacau sehingga nasi menjadi hancur. Masa ni dah boleh masukkan garam.

  3. 3

    Perlahankan api, dan masukkan udang yang telah dipotong kecil (terpulang kepada cara anda). Saya potong kecil sebab suami saya sakit gusi dan agak sukar untuk mengunyah dan buka mulut.

  4. 4

    Susu kambing segar ni sebotol 250 ml. Jadi saya masukkan separuh sahaja. Ini adalah untuk menambah rasa lemak pada bubur dan khasiat susu kambing segar juga sangat baik. Gaul sebati dan pastikan api dalam keadaan yang sangat kecil supaya kita tak rosakkan khasiat susu tadi.

  5. 5

    Akhir sekali barulah masukkan bayam yang telah dipotong kecil. Pastikan bayam layu, rasa sekali lagi untuk kepuasan selera makan nanti. Siap ;)

  6. 6

    Boleh dihidangkan dan tambahkan hirisan daun bawang jika anda suka. Selamat mencuba ;)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zuen Zulkifli
Zuen Zulkifli @cook_15194009
pada

Komen

Resipi Sepertinya