Cek mek molek #MAHN (kuih tradisi)

Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
Kuantan Pahang

Cek mek molek adalah panggilan nama kuih bagi orang terengganu dan kelantan. Masa kecil-kecil dulu kami adik beradik cukup suka bila mak buatkan cek mek molek ni. Kuih yang terhasil daripada ramuan ubi stele@keledek dan gandum. Teringat nostalgia lama, kebiasaannya mak hanya rebus ubi stele ni untuk di cicah bersama gula. Tapi bila ada ubi lebihan barulah dia buatkan kami cek mek molek ni. Maklumlah dulu kan susah. Kuih yang tersedap buat kami anak-anak.
Antara kuih yang paling senang, cubalah resepi super duper mudah ni. Gerenti tak menyesal.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
18 ketul cekmek molek
  1. 8biji ubi keledek yang sederhana
  2. 1 cawantepung gandum
  3. Secubit garam
  4. Gula untuk inti

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan 4 bahan iaitu ubi keledek, tepung gandum, garam dan gula. Mula-mula basuh bersih ubi keledek. Masukkan ke dalam periuk dan rebus hingga ubi empuk. Jangan terlalu empuk ye sebab nanti payah nak uli.

  2. 2

    Kupas kulit ubi keledek, buang isi yang lebam dan buruk jika ada. Lenyek ubi hingga hancur, masukkan gandum dan secubit garam, uli lagi hingga sekata. Bentukkan menjadi bulat-bulat, leperkan dan letak setengah sudu kecik gula sebagai inti.

  3. 3

    Gentel menjadi bujur cantik dan taburkan sedikit tepung gandum supaya doh tidak melekat. Panaskan minyak hingga betul-betul panas baru boleh goreng cek mek molek. Pastikan api tidak terlalu besar bagi mengelak hangit.

  4. 4

    Tadaaaaaa!!! Dah siap cek mek molek dan boleh di hidangkan bersama teh hangat. Makan panas-panas lagi terangkat😘😘selamat mencuba resepi mudah cekmek molek

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
pada
Kuantan Pahang
Saya suka memasak dan berkongsi resepi dengan rakan rakan. Selain itu, saya juga mengedit gambar masakan yang saya masak.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya