Lasagna merdeka 🇲🇾#ChefZam

Sharifah Ashiken
Sharifah Ashiken @shiken85

Lasagna Merdeka sungguh sedap dan menyelerakan... Jom try buat 😋👍...

Lasagna merdeka 🇲🇾#ChefZam

100+ orang telah melihat resipi ini

Lasagna Merdeka sungguh sedap dan menyelerakan... Jom try buat 😋👍...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan - Bahan
  2. Isi Lasagna :
  3. 1biji bawang besar
  4. 1biji bawang putih
  5. 300 gmisi ayam
  6. 1 kepingchicken slice
  7. 2ketul sosej
  8. Sos carbonara
  9. 2sudu besar minyak jagung
  10. Hiasan :
  11. 1biji bawang besar
  12. 1biji capsicum merah
  13. 1/2biji capsicum kuning
  14. Cheese
  15. Kulit lasagna
  16. Minyak jagung
  17. Sos Putih :
  18. 1sudu besar planta
  19. 1sudu kecil tepung gandum
  20. 1 kotakfresh milk

Cara Memasak

  1. 1

    Bagi Isi Lasagna.. Panaskan minyak jagung..Tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang halus sehingga perang..Kemudian masuk isi ayam, chicken slice yang dicincang halus dan sosej yang dipotong dadu halus..Kacau rata..Kemudian masuk sos carbonara..Kacau sehingga masak..

  2. 2

    Bagi Hiasan.. Bawang besar perlu dipotong dadu kecil, capsicum merah perlu dipotong dadu kecil dan capsicum kuning perlu dipotong bulan & bintang. Kemudian bawang besar, capsicum merah & kuning yg telah dipotong tadi perlu dimasak dengan minyak jagung sehingga masak.. Kulit lasagna pula perlu direbus dengan air sehingga lembut..

  3. 3

    Bagi Sos Putih.. Panaskan kuali.. Masukkan 1 sudu besar planta.. Bila planta sudah cair, masukkan 1 sudu kecil tepung gandum..Kacau rata...Kemudian masukkan 1 kotak fresh milk..Kacau sehingga rata dan biar sehingga masak

  4. 4

    Sapu minyak jagung dalam mangkuk..Letakkan kulit lasangna, kemudian letak isi lasagna di atas kulit lasagna, kemudian letak sos putih di atas isi lasagna dan kemudian letakkan sikit cheese... Atur benda yang sama sehingga isi lasagna habis... Selepas itu, letakkan (bawang besar dan capsicum merah dipotong dadu dan dimasak serta capsicum kuning dipotong bulan & bintang dan dimasak) di atas cheese sehingga menjadi bentuk bendera Malaysia 🇲🇾... Kemudian dibakar selama 5 minit...

  5. 5

    Akhir sekali, Lasagna Merdeka boleh dihidang... 🇲🇾🇲🇾 SeLaMaT HaRi MeRDeKa...🇲🇾🇲🇾

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sharifah Ashiken
pada

Komen

Resipi Sepertinya