Apam nasi dot dot

#goldenapron Bila idea datang terus buat. Nak berikan kelainan sikit rupa bentuknya.apan nasi versi acuan puteri ayu memang mabeless
Cara Memasak
- 1
Satukan gula air dan nasi blender halus. Kemudian masukkan dalam bekas yg besar.. Kemudian masukan mauripan sebatikan diikuti dengan tepung beras dan tepung gandum sebatikan dan perap 1 jam atau 1 jam ½... Sementara tunggu apam naik boleh jerang air kukusan hingga mendidih kecik kan api... Selepas perap kacau sebati dahulu ya dan asingkan ½ cawan untuk warna oren dan ½ cawan lagi untuk warna hijau atau biru. Kemudian masukkan dalam piping beg ikut warna ya.selebihnya biarkan warna asal.
- 2
Acuan sapu sedikit minyak dan tuangkan adunan bewarna bersangka seli seperti dalam gambar
- 3
Kemudian tuangkan adunan putih hingga ¾ acuan dan kukus selama 15 hingga 20 minit
- 4
Keluarkan dari acuan biarkan sejuk di redai sebelom di hidang
- 5
Siap dan hias ikut kreatif masing2..
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Apam Nasi Kukus Apam Nasi Kukus
Nasi yang tak habis dalam 2-3 cawan tu anda boleh transform jadi apam nasi.Hah ? Betul ke. Ya betul. Memang sedap rasanya tau apam ni. Lembut dan gebu bila dicicah dengan kelapa parut dicampur garam sikit.nak buat resepi apam nasi ni punya lah mudah .Tak perlu banyak bahan dan yang paling penting, guna nasi itu sendiri. Nak bagi menarik , gunakan acuan apam yang pelbagai bentuk dan masukkan pewarna makanan ke dalam bancuhan adunan apam nasi yang dah anda buat tu. Nur Dhunaa AB Maleq -
Apam Nasi Apam Nasi
#goldenapron2020Buat apam nasi ni kemaren dulu.Antara menu pilihan untuk menghabiskan nasi sejuk selain digoreng.Saya kukus apam ni dalam acuan kecik-kecik. Lambat sikit nak mengukus tapi syok tengok apam comel-comel.Saya guna resepi daripada cookpader Aznie Khasri. Tq dear 😘.Banyak resepi Aznie yang saya cuba dak hasilnya tak mengecewakan. Sebab tu saya follow dia rapat-rapat.. Hehe Norashikin Rahmat -
Apam Nasi Apam Nasi
Day60/366/2020/February/29#cookpadworlddessert #cookpadmalaysiaNasi sejuk selalu lebihannya dibuat nasi goreng je. Kali cuba buat apam pula 😊. Memang sedap dan berbaloi. Dengan 2cawan nasi sejuk je, kita boleh masak dan hasilkan satu hidangan yang besar dah banyak. Untuk masak kali ini saya masak 1 1/2adunan. Buat banyak Sebab ada lebihan nasi sejuk banyak 😬. Kalau tanya, masak banyak2 siapa nak makan. Kita bagi jela jiran. Kan harmoni gituuu 😘 Salina Jalaludin -
Apam Nasi Apam Nasi
#jekferlailertilljannah #goldenapron2020 Lailerr dapat panggilan dari mommynya, bagitau nak datang rumah. Jekferr tau Lailer susah hati sebab tak tau nak masak apa. Jadi Jekfer ingat nak cuba buat kuih apam kegemarannya. Lagi pula ia nak mommy dan daddy Lailerr merasa kuih kampung pula. Lalu Jekferr pun call ibunya dikampung bertanyakan resepi yang selalu ibunya masak. Mulanya ibunya bising juga sebab Jekferr yang beria nak masak patut Lailer yang masak. Jekferr cakap dia nak belajar juga, nak bagi keluarga mertua rasa masakannya. Sedangkan Lailerr dulu pun berjaya juga masak Asam Pedas yang sedap kata Jekferr. Terus ibunya dia dan mengajar Jaekferr. Jekferr terus masuk dapur dan buat kuih seperti yang diajar ibunya. Ternyata kuihnya menjadi dengan elok, gebu sangat. Dengan petua yang ibunya ajar jangan, potong kuih dengan pisau tapi guna benang. Ternyata menjadi cantik potongan apamnya. Digaulnya dengan kelapa dan bubuh didalam pinggan.Tak lama lepas tu keluarga mertua datang. Terkejut mommy Lailerr tengok kuih apam. Daddy Lailerr suka sangat bila tengok dan terus makan. "Tak ada skones ke, mommy tak makan ni" katanya. "Cuba la sedap tau " daddy Lailerrr cakap. Mommy pun makan sikit kemudian dia ketawa, ni skones malaysia.. sedap katanya.. 🤣🤣🤣#hanyadramasemata Kuih apam, sapa tak sukakan. Salah satu kuih yang Aznie suka makan.😍 Aznie Khasri -
Apam Nasi Sukatan Cawan Apam Nasi Sukatan Cawan
Teringat apam nasi yang jiran saya kasi dan² teringin nak makan hehe🤭 Sis nak ajar Jekfer buat apam nasi ni bolehlah buat minum² petang bersama Lailer dan juga famili tercinta🥰#apamnasimudah#jekferlailertilljannah#goldenapron2020 Zaidatul Aribah -
Apam Nasi Apam Nasi
#goldenapron#leftoverWeekend ni nasi terlebih masak pulak. Nak makan untuk lunch mesti la yg baru. So! Apa lg. Mood creative ummi pun datang la. Buatkan sarapan keluarga dengan Apam Beras. Ini second time buat. Dan hasilnya, dalam beberapa minute, satu bekas ni licin.|15 December 2019| Fafa -
Apam Beras - SELANGOR Apam Beras - SELANGOR
Pagi tadi Aznie buat Apam Beras ni, bila tengok ada nasi sejuk sikit. Mula nak buat dalam acuan kecil, lepas tu teringat loyang brownies ni terus ubah fikiran. Sebabkan aduan dia pekat dan bila kita warnakan ia tak akan bercampur. Jadi terus buat vs bendera Malaysia. seronok sangat bila tengok warna elok tak bercampur pun. Untuk bintang dan bulan sabit Aznie kukus sikit adunan dalam bekas lain. bila dah masak Aznie just tekap bentuk bulan sabit ngan bintang je. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA semu🥰#secretchallengemerdeka #MerdekaPassport Aznie Khasri -
Apam Nasi Apam Nasi
Buat lagi apam nasi ni untuk sedekah kenduri tahlil malam tadi. Saya tambah perisa pandan untuk rasa dan aroma harum nya. Saya perap sejam jer kerana cuaca agak panas tengah hari semalam. Apam nya tetap gebu, kalau ditambah lagi sejam perapan nya tentu lebih gebu. Tengok budak-budak suka makan apam ni tanpa kelapa parut. Saya tak campurkan kelapa parut tu sekali dengan apam tu, saya asingkan kelapa parut dan nanti bila nak makan, boleh la disudukan kelapa parut ke atas apam. Ikut selera masing-masing. Cooksnap daripada @Qasif3 Terima kasih ❤️🌹 Dapur Yusfarisyia -
Apam Nasi, Santan dan Gula Melaka Apam Nasi, Santan dan Gula Melaka
Jenis apam yang lembut. Bukan untuk orang yang suka benda kenyal2.Curious hasilnya.. jadi kita cuba la reka2 sndiri..Masa bancuh, macam pekat..Lepas peram.. macam cair sangat.😆Tapi takde tambah apa2.Memang nak versi lembut.Kita try jela kukus.Alhamdulillah. Aifa approve yang amat sangat. Kiter pun enjoy kuih ni. Boleh buat lagi. ❤️#ricecake#steamcake Cookies Monster 🍪 -
Puteri Ayu Cheese Merdeka 🇲🇾 Puteri Ayu Cheese Merdeka 🇲🇾
Dah bertahun tak buat puteri ayu ni. Aku bukan la sejenis yang rajin sangat nak buat kuih muih ni. Tapi bila ada contest #merdeka2020 ni tetiba rasa nak buat puteri ayu cheese versi warna bendera Malaysia. 🇲🇾Tapi kecewa sikit sebab tak ada pewarna merah. So kita guna je la warna pink. Takpe la janji semangat merdeka tu ada. 💪Yang seronoknya anak anak la sebab boleh main warna warna ni. Semua berebut nak tolong buat dan letak pewarna pastu picit ke dalam acuan. Sorang 1 warna. Ngam la ada 4 semuanya. Siap buat 2 round ok. 😏Maka hari ni terhasilnya kuih cantik ni. Memang lembut dan gebusss kejadiannya. SELAMAT MENCUBA! 😋#merdeka2020#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini
Komen