Roti Jala

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

25k Cooksnap Marathon 📸

Cooksnap daripada cookpader @dapursaya Saya ganti air kepada santan cair. Roti jala ni lembut sampai pada keesokan hari nya walaupun disimpan di dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.

#25kCooksnapMarathon
#MingguPertama (1-6 Julai) 📸🥘🍹🏁🏅🎉

Roti Jala

14 orang bercadang membuatnya

25k Cooksnap Marathon 📸

Cooksnap daripada cookpader @dapursaya Saya ganti air kepada santan cair. Roti jala ni lembut sampai pada keesokan hari nya walaupun disimpan di dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.

#25kCooksnapMarathon
#MingguPertama (1-6 Julai) 📸🥘🍹🏁🏅🎉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1-2 minit (untuk sebiji roti jala)
7-8 orang
  1. 3 cawantepung gandum
  2. 3 cawansantan cair
  3. 1 sudu kecilgaram pink himalaya
  4. 1 bijitelur
  5. 2 1/2 sudu besarminyak masak
  6. Sedikitpewarna kuning

Cara Memasak

1-2 minit (untuk sebiji roti jala)
  1. 1

    Dalam pengisar makanan/food blender, masukkan tepung gandum, santan cair, garam.

  2. 2

    Masukkan juga minyak masak, telur dan pewarna kuning.

  3. 3

    Kisar kesemua bahan-bahan tadi dan tapis sebab tak nak bagi berketul (tak tapis pun takpe, ikut suka). Masukkan ke dalam botol yang bermuncung seperti dalam gambar di bawah. Ikut ler kalau takde botol muncung 5, muncung 3 pun boleh atau guna acuan kuih jala.

  4. 4

    Panaskan kuali leper dan sapu sedikit/nipis minyak masak buat permulaan sahaja. Mula lah menjala guna api sederhana kecil. Tunggu 1-2 minit, boleh lah diangkat. Terbalikkan roti jala di dalam pinggan. Lipat dan gulung atau ikut kreativiti masing-masing.

  5. 5

    Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kegemaran. Saya gandingkan bersama kari ayam. Saya gandakan resipi ni sebab nak bagi kat mak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya