Siakap Steam Limau

Dapat ilham resipi ni dari tiktok. Tengok tiktok orang Thai masak siakap steam ni rupanya tak guna kaedah kukus pun. Takde nya nk bawak keluar pengukus yang besar tu.. 😆 Rupanya mereka rebus je dalam air mendidih..
Okey dah tahu rahsianya, lepas ni nak masak siakap steam dah tak payah susah-susah. Senang dan tak menggunakan bekas yang banyak. Memudahkan kerja..

Cara Memasak
- 1
Masukkan serai, halia, akar daun ketumbar dan daun limau purut ke dalam perut ikan. Ikan ni besar, tak muat kuali, so sy potong dua. Masukkan ke dalam air mendidih. Letakkan sedikit garam. Bila ikan telah masak, keluarkan dan ketepikan dahulu. Air rebusan boleh digunakan untuk masak kuah.
- 2
Untuk bahan-bahan kisar, tambahkan sedikit air untuk kisar. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam air rebusan ikan tadi. (Jika air rebusan banyak sangat, keluarkan sikit. Agak-agak untuk kuah ikan sahaja) Masukkan sos tiram, sos ikan, gula, serbuk perasa dan jus perlahan limau nipis secukupnya sesuai citarasa masing-masing. Masak hingga mendidih.
- 3
Letakkan ikan yang telah di rebus tadi ke dalam pinggan panjang. Susun ikan. Curahkan kuah di atas ikan. Kemudian hiaskan dengan hirisan limau nipis, daun ketumbar dan cili diatasnya. Siap untuk dihidang.
- 4
🥳👏🏻🎉
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Atika Mahamood bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen