Pucuk Ubi Masak Lemak Bersama Udang

Kelmarin Gyna ke pasar pagi. Biasanya Gyna akan berulang-alik melihat pelbagai sayur-sayuran yang segar disusun atas meja. Sambil ke sana-sini, otak memikir menu apa yang perlu Gyna masak. Menjadi kebiasaan Gyna untuk membeli sayur lebih untuk disimpan selama 2-3 hari. Tak boleh nak beli sayur berlebihan kerana sayur tidak boleh disimpan lama. Lebih 3-4 hari, sayur akan menjadi layu dan hilang kesegaran jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Bila melihat sayur mulai layu, terus hilang mood nak memasak. Jika nasib tak baik, terpaksalah sayur itu dibuang.
Semasa Gyna membasuh pucuk ubi ni, Gyna masih tertanya, perlu masak apa sayur ini. Anak Gyna minta masak lemak pucuk ubi tetapi suami nak di cekur sahaja dan dimakan bersama sambal belacan. Aihhh tersepit Gyna di tengah-tengah. Akhirnya suami mengalah. Ikutkan sahaja permintaan anak-anak supaya mereka dapat nikmati makanan dengan gembira. Asalkan ada sambal belacan dan ikan goreng.
Sengaja Gyna campurkan udang di dalamnya supaya kuah menjadi asli manis dari rasa udang yang segar.
Bila dihidang ketika makan tengahari, melihat anak-anak bersemangat menikmati lauk Pucuk Ubi ini, Gyna pula yang risau. Mana taknya, anak lelaki Gyna makan bertambah. Suami akan menyalahkan Gyna menjadi punca anak bertambah berat badan.
Begitulah kisah dilema seorang ibu, masak sedap menjadi salah, masak tak sedap pun menjadi masalah juga. Haihhh entahlah korang!!

Cara Memasak
- 1
Dalam periuk, didihkan 1 liter air bersama 1/3 garam. Rebus pucuk ubi sehingga lembut. Bila pucuk ubi mulai lembut, toskan air.
- 2
Dalam periuk lain, panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk lumat.
- 3
Bila tumisan pecah minyak, Tuangkan santan. Taburkan serbuk kunyit. Kecilkan api, biarkan kuah mendidih. Pastikan sesekali gaul kuah supaya santan tidak pecah minyak.
- 4
Bila santan mendidih, masukkan pucuk ubi yang telah direbus tadi bersama udang. Biarkan udang masak dan pucuk ubi sebati bersama kuah santan. Taburkan garam. Perasakan secukupnya.
Sedia dihidang!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (5)