Fried Chicken Garden Salad

Cookpad Apron Challenge 2026 : Masak Western Sendiri Lah
Salad ayam goreng ni sangat sedap diratah ketika sejuk. Salah satu hidangan western tetapi saya ada tambah penggunaan bijan.
Fried Chicken Garden Salad
Cookpad Apron Challenge 2026 : Masak Western Sendiri Lah
Salad ayam goreng ni sangat sedap diratah ketika sejuk. Salah satu hidangan western tetapi saya ada tambah penggunaan bijan.
Cara Memasak
- 1
Sediakan kesemua bahan. Perapkan dada ayam dengan garam, lada hitam & tepung goreng serbaguna Bestari selama 15–20 minit. Goreng dada ayam selama 4-5 minit setiap bahagian. Rebus isi jagung 2-3 minit. Tak perlu dinyahbekukan. Selepas direbus, terus angkat supaya isi jagung kekal manis & rangup. Rebus telur 10-12 minit hingga masak. Bakar croutons di atas pan 4-5 minit guna api kecil. Kacau/balikkan setiap 1–2 minit supaya semua sisi menjadi keemasan & rangup.
- 2
Dalam mangkuk besar, susun romaine lettuce, jagung, bawang merah, bawang holland, lobak merah, telur rebus, hirisan ayam dan croutons.
- 3
Satukan semua bahan dressing dan kacau sehingga sebati.
- 4
Tuangkan dressing, kemudian taburkan bijan sangai. Gaul perlahan-lahan supaya kesemua bahan sebati.
- 5
Sedia dihidangkan dengan segera supaya sayur kekal rangup.
Tip
Simpan dressing berasingan jika ingin dijadikan meal prep supaya salad tidak cepat layu.
Untuk rasa lebih sedap, sejukkan dressing selama 15–30 minit sebelum digunakan.
Jika suka rasa sedikit manis, tambahkan ½ sudu kecil lagi gula atau sedikit madu. Jika mahukan rasa lebih masam, tambah sedikit lagi jus lemon. Selari dengan variasi dressing berasaskan mayonis, lemon dan bawang putih yang biasa digunakan dalam chicken salad Barat.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen