Nasi Lemuni Sambal Sotong Kembang

070/Mei2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2420 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : Pagi - Pagi Dah Sedap (Week 7) #CookpadApron2026
Nasi lemuni ni lebih kurang sama cara masaknya dengan Nasi lemak. Cuma ditambah daun lemuni. Jadi akan merubah efek warna nasi dan juga rasanya.
Ia boleh dimakan dengan sambal bilis seperti Nasi lemak. Turut dihidangkan bersama-sama telur rebus dan hirisan timun.
Macam hakak tukar sambal bilis dengan sambal sotong kembang. Tambah ikan masin untuk extra rasa🤭. Jadi bila makan tu Ajer sedap bebenor lah wehh 😋
Sarapan berat sebegini biasanya hakak masak di hujung minggu sahaja ☺️

Cara Memasak
- 1
Bahagian Nasi Lemuni : Daun Lemuni dicuci bersih.
- 2
Kemudian dimasukkan ke dalam mesin pengisar dengan sedikit air. Kisar lumat.
- 3
Masukkan santan. Perasakan dengan garam.
- 4
Tapiskan dan masuk dalam periuk nasi yang berisi beras.
- 5
Masaklah seperti memasak nasi biasa.
- 6
Bahagian Sambal Sotong : Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- 7
Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
- 8
Masukkan sotong kembang, gula Melaka, asam gelugur dan kacang tanah.
- 9
Masak sehingga mendidih dan sotong masak sempurna. Tutup api.
- 10
Masukkan santan. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
- 11
Cadangan Hidangan : Senduk nasi lemuni dan letak di dalam pinggan. Di sampingnya diletakkan sambal sotong kembang, timun, telur rebus dan ikan masin.
- 12
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😋
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen