Masak Lemak Labu Kuning, Ikan Gelama Asin & Pucuk Manis

Cookpad Apron Challenge 2026 : Sup & Lauk Berkuah
Dah jemu asyik makan ayam dan daging di bulan Syawal ni, tekak nak makan lauk pauk kampung. Masak pun main campak² jer, buat sambal belacan dengan ulaman pun dah cukup berselera.

Cara Memasak
- 1
Sediakan semua bahan. Masukkan labu kuning, cili kering, serai, serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih dan air ke dalam periuk.
- 2
Hidupkan api stove. Masukkan serbuk belacan, kacau rata dan masak hingga mendidih.
- 3
Oleh kerana saya nak cepat, saya tak potong kepala ikan gelama asin tu. Selalu nya kalau dibuat lauk berkua, memang saya akan buang kepala nya (ikut selera masing²). Masukkan ikan gelama dan sayur pucuk manis.
- 4
Masukkan santan dan asam keping/gelugur, kacau rata.
- 5
Masukkan garam dan Maggi cukup rasa dan adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 6
Tutupkan api dan boleh lah diangkat dan disajikan.
Cooksnap
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)