👩🍳Tofu Wonton Goreng

Cookpad Apron Challenge 2026 Week 4
Tema Minggu 4 : Snek Selera
Wonton ialah sejenis dumpling/ladu Cina, yang nipis dan berbentuk segi empat sama dan bersaiz kecil, boleh diisi dengan daging, udang, atau sayur-sayuran cincang, dan secara tradisinya dihidangkan dalam sup atau dengan mi.
Enak juga digoreng sebagai snek, dinikmati bila- bila masa sahaja.
2709/3K
55/2026

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan- bahan
Didalam mangkuk, hancurkan tauhu. Kemudian, gaulkan dengan kesemua bahan kecuali kulit wonton.
- 2
Didalam mangkuk, hancurkan tauhu. Kemudian, masukkan ayam kisar. Gaul rata. Masukkan telur dan semua sos. Gaul rata.
- 3
Masukkan garam, gula, serbuk lada putih berperisa dan cukup rasa. Gaul rata. Masukkan tepung jagung. Tambah tepung jagung jika perlu. Masukkan daun bawang. Gaul rata. Inti siap!
- 4
Ambil sehelai kulit wonton, isikan dengan sedikit inti adunan tauhu. Bentukkan untuk tutup inti.
Basahkan hujungnya dengan air sebagai gam. Gam kemas.
- 5
Lekat dengan kemas. Sedia untuk digoreng.
- 6
Panaskan minyak masak. Goreng hingga keperangan dan garing. Angkat dan tos minyak
- 7
Sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen