Mi Kolok Kicap Ayam

Cookpad Apron Challenge 2026 : My Hometown Fav
Mi kolok antara makanan kegemaran saya dan keluarga saya. Saya suka mi kolok putih/biasa. Walaupun versi putih, topping boleh ditambah menjadi versi special ikut citarasa sendiri. Hari ni saya buat mi kolok kicap. Buat yang simple jer. Isi ayam tu saya tak cincang dan tak goreng. Saya rebus bersama sup dan carik²kan isi nya.
Mi kolok biasa (sos putih), mi digaul dengan minyak bawang putih, minyak bijan dan sos ikan atau kicap cair tanpa rasa pedas. Mi kolok merah, mi digaul bersama sos pencicap merah yang diperbuat daripada perapan char siu (untuk versi tidak halal) atau pes merah manis buatan tempatan. Mi kolok kicap, mi digaul menggunakan kicap pekat manis bagi memberikan warna gelap dan rasa yang lebih berlemak manis.
Mi kolok ayam/daging lembu, versi popular bagi masyarakat islam di mana daging atau ayam dicincang/dihiris dihidangkan bersama sup panas. Mi kolok pork/char siu, versi asal masyarakat cina yang dihidangkan bersama hirisan daging khinzir panggang dan minyak khinzir (lard). Mi kolok special/urat/perut, ditambah dengan lauk tambahan seperti urat lembu, perut lembu, bebola ikan, wantan, atau makanan laut (seafood).

Cara Memasak
- 1
Untuk buat minyak bawang, hiris nipis bawang dan goreng dalam minyak masak panas, guna api kecil hingga kekuningan. Angkat dan toskan bawang dan biarkan minyak bawang sejuk. Saya sengaja letak sedikit bawang goreng yang diramas ke dalam minyak bawang
- 2
Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan tumbuk bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga kekuningan. Tuangkan air dan gaul rata.
- 3
Besarkan api dan masukkan kaki ayam, leher ayam dan separuh dada ayam. Masukkan juga serbuk lada hitam, Maggi cukup rasa dan serbuk pati ayam. Masak hingga ayam empuk dan adjust rasa sup mengikut sesuai selera. Tutupkan api dan taburkan daun sup.
- 4
Guna kuali dan lebihan minyak goreng bawang tadi goreng cili padi dan bawang putih hingga layu. Tutupkan api dan masukkan ke dalam blender bersama kicap lemak manis dan cuka. Kisar hingga halus, adjust rasa mengikut sesuai selera. Celurkan taugeh sebentar sahaja dan toskan, ketepikan.
- 5
Guna air dan periuk yang sama, rebus mi kolok kering. Bila air sudah mendidih/menggelegak, masukkan 2 keping mi kolok kering dan kacau dengan penyepit/chopstick hingga mi kolok lembut anggaran ±3-4 minit. Angkat mi dengan penapis dan celup dan kacau² di dalam air sejuk anggaran 5 saat. Angkat dan celup lagi dan kacau² ke dalam air mendidih tadi seketika.
- 6
Sementara itu sediakan sos dalam satu mangkuk. Ini untuk 1 porsi, masukkan 2 sudu besar minyak bawang, 1 sudu kecil minyak bijan, 1/2 sudu kecil ajinomoto, 1 sudu besar kicap masin cair, 1 sudu besar kicap lemak manis dan sedikit serbuk lada sulah, kacau rata. Angkat mi dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak tadi. Gaul rata dengan segera.
- 7
Letakkan isi ayam, taugeh celur, tabur bawang goreng dan daun sup. Panaskan sup, tabur bawang goreng dan daun sup dan hidangkan mi kolok bersama sup dan sambal kicap.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen